Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 20 January 2016

Demam Hindustan Movie



 


First hindi movie yang membawa acik ke panggung wayang untuk menontonnya! Selama ni tengok TV je. Itu pun tak sengaja, tertengok. Bukan peminat filem hindi sebenarnya. Tapi yang satu ni begitu diwar-warkan di media sosial maka acik pun terjebak. Pi tengok wayang dengan kawan-kawan. Husband acik tak sudi nak tengok wayang cite gini. Yang best pasal cerita ni ialah hero-heroinnye. Shah Rukh Khan & Kajol. SRK yang macho dan Kajol yang drop-dead gojes! Macam makin muda pulak Kajol dalam citer ni. Dah la kurus & putih. Memula tengok perempuan yang jadi adik Kajol tu rasa dah lawa dah. Putih melepak pakai lipstik kaler pink-pink macamtu kan... Lepas tu Kajol pulak keluar. Woooowww terkesima Acik! Lepas tu bile tengok adik Kajol lagi sekali terus rasa tak lawa dah. Huhuhu. Selain daripada tu, tempat berlakon pun cantik-cantik, lagu-lagu pun sedap. Acik tengok the making of video clip dia wah kan main gigih diorang panjat bukit, menahan sejuk salji sebab nak shoot video clip. Tak menyesal la keluar duit tengok wayang memandangkan usaha gigih diorang. Acik bagi 5 bintang!


Ini pulak Hindi movie kedua acik tengok. Pun best! Macam-macam elemen ade. Sedih, komidi bercampur-campur.  Jalan cerita padat dengan message. Kalaulah realiti boleh buat macamtu. Aman dah India-Pakistan. Aihhh bile la producer Malaysia nak buat movie macamni. Ini balik cite hantu, cite mat rempit. Alahhh lomah semangat den! Jangankan pergi tengok wayang, tengok free pun Acik takmo. Tak movie, drama kat TV pun jadiklah. Ini balik-balik kawen paksa-bahagia-gaduh-bahagia. Tak sudah-sudah adaptasi novel. Novel plak yang ummmm... maleh la nak komen.

No comments:

Post a Comment