Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 17 November 2015

Memori UPSR

Hello Uols! Macammane result UPSR anak-anak uols? Tahniah diucapkan kepada semua. cemerlang teruskan kecemerlangan, yang kurang cemerlang jangan putus asa. Perjalanan masih panjang. UPSR ni hanyalah akan menentukan tahun depan anak-anak sekolah di mana.Yang cemerlang kalau berminat bolehlah sekolah menengah di SBP atau MRSM. Yang kurang cemerlang, sekolah harian pun ok. Acik tengok zaman sekarang orang dah kurang minat nak hantar anak ke asrama. Kebanyakan nak anak-anak sekolah harian, tinggal sekali dengan parents. Terpulanglah, sekolah bukanlah penentu semata-mata. Acik ramai kawan-kawan dari sekolah harian yang berjaya. 

Acik masa sekolah rendah dulu acik paling lemah subjek matematik. Ingat lagi masa darjah 6 cikgu buat ujian bulanan macam UPSR. Tiap-tiap bulan pun acik fail subjek Maths. Tiap-tiap bulan dapat 3A. Maths tu january F. Markah 28%. Masa tu cikgu Maths suruh semua yang fail berdiri atas bangku then semua kena sebat kt punggung sorang sekali. Zassssss! Bulan-bulan seterusnya result Acik maintain 3A tapi maths improve sikit demi sikit sampailah trial UPSR baru acik dapat 4A. Tu pun markah maths cukup makan 80. Nasib baik je sebab acik tak cukup masa. Soalan belakang-belakang tu acik tembak banyak yang mengena. Hahahahaha. Masa UPSR sekali lagi bernasib baik bile soalan matematik tahun tu senang sangat-sangat. Kawan-kawan acik ramai dapat 100%. Acik je dapat 92%. Kekekeke...nasib baik A jugak. Yang susah tahun tu BM. Tapi Acik memang tak pernah ada masalah dengan BM. So dapatlah acik 4A. 

Masa dapat result tu acik dapat tau awal daripada orang lain sebab kawan baik acik masa sekolah tu dia ade makcik keje kat PPD. Makcik dia bagitau kt dia yang Acik dapat 4A. Ingat lagi masa dia call tu mak acik tak sihat. Dia kena asma. Baring je tak larat nak bangun. Tapi lepas acik bagitau acik dapat 4A dia terus boleh bangun! Dia kata dia lega dan rasa sihat dengar acik dapat 4A. Hehehehe....Tulah kenangan yang manis dapat 4A dan menggembirakan hati mak acik. 

No comments:

Post a Comment