Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 17 June 2015

Ramadan Kareem!



Ramadan Kareem everyone! Semoga ramadan kali ini bukan ramadan yang terakhir buat kita dan mudah-mudahan amalan-amalan kita akan diterima semuanya oleh Allah SWT. Acik sedikit nervous memikirkan puasa kali ini acik dah bekerja semula. Selama 4 kali ramadan acik bercuti dapat berpuasa dalam keadaan bertenang-tenang. Kali ni cabarannya kena kerja. Belum apa-apa dah ade harapan acik kena outstation masa bulan puasa. Hihihi...doakan acik berjaya mengharungi dugaan itu dengan jayanya ye. Toksah nak lembik-lembik sangatlah acik, ko kerja dalam opis, atas kerusi empuk dalam ekon nak tak payah propa macamlah keje buruh kasar kan?! Yang acik perasan time sahur acik tak boleh bersahur dengan nasi. Kena sahur yang lite-lite je. Kalau tak merasa lah mengantuk sepanjang hari di pejabat. So, ade besarlah harapan acik untuk mengalami kekurangan inci raya nanti. Dengan tailor pun acik dah pesan siap-siap ukuran baju saya tolak 3 inci ye...muahahaha...

Selamat berpuasa dan beribadah kawan-kawan!

No comments:

Post a Comment