Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 19 June 2015

Harapan Ramadan

2 Ramadan 1436, Jumaat


Sahur dengan sandwic telur. Semalam bersahur dengan roti bakar 2 keping. Alhamdulillah ok jer.

Semalam sempat siap masak sebelum azan magrib. Sampai rumah pun dah 6.15. Mujurlah rumah dekat dengan ofis dan tak menempuh jem. Memang tepat keputusan pilih lokasi rumah kat sini. Plan asal nak masak asam pedas daging & ikan caru bakar. Sebelum pergi kerja dah siap-siap keluarkan daging & ikan letak kat peti ais belah bawah. Sekali balik rumah tengok daging tu macam besar plak saiz kiub tu kalau nak buat asam pedas. Nak potong kecil dah tak sempat. Lebih sesuai buat rendang. Maka merendanglah kita di 1 Ramadan. huhu.. Tapi kasi berkuah sket takmo kering sangat.

Alhamdulillah Pak Encik di rumah tu telan je ape yang Acik hidangkan. Tanpa banyak songeh. Bagus! 

Hari ni punya juadah berbuka acik dah masak siap-siap masa rehat lunch hour tadi. Hari ni kan Jumaat masa rehat lama sikit. Pagi tadi dah keluarkan siap-siap ayam. So tengahari tadi masak kari ayam & tumis air sayur campur. Petang nanti kalau rajin buat roti jala. Kalau malas makan sajelah apa yang ada. Seperti tahun lepas, kami tetap beranggapan berbuka ni sama macam makan malam bulan tak puasa. Jadi tak perlu beria makan je apa yang sempat dimasak. Tapi tahun ni sedikit special sebab esok nak balik berbuka puasa di kolopilah. 

Harapan acik ramadan tahun ini nak memasak setiap hari. No bazar ramadan. Last but not least tak nak miss sahur. *Good Luck, Acik!*

2 comments:

  1. ala sedapnya acik..bila nak ajak kami datang berbuka poser umah acik ni..hehe.. =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu...acik pun tak tau la mampu ke x nak host berbuka puasa memandangkan tahap kemalasan yang melampau buat masa ni. ;'(

      Delete