Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 22 June 2015

Happy Birthday, Husband!

Entry ala-ala #throwback ni. Birthday dia 13 Jun 2014 tapi susah benau nak transfer gambar-gambar ke pc ni. Dah lama send hari ni baru sampai. 

Takde ape yang extra vaganza pun. Seperti birthday acik, birthday beliau pun acik raikan bersama keluarga dia. Kebetulan parents in law ada kat rumah acik. Maka acik masak-masak, bake cheese cake favorite dia dan invite lah adik beradik dia yang dekat-dekat sini. 

13 Jun 2015 hari Sabtu. Hari Jumaat masa rehat lunch hour acik ke pasar membeli bahan-bahan untuk masak nasi tomato, ayam masak merah, dalca daging dan acar mentah. Acik kalau pergi pasar suke beli bunga hidup buat hiasan kat dapur. Setelah beberapa kali beli bunga, acik tengok bunga ni jenis yang tahan lama. Boleh kembang sampai seminggu. Masa beli bunga ni ade kisahnye juge. Selalu penjualnye macam makcik-makcik umurnya. Kali ni muda pulak sikit. Level akak-akak gitu. Acik tanye mane makcik tu? Tak sihat katenye. Kakak tu dia jaga kedai sebelah sekali masa tu. Lepas tu harga bunganya tu macam mahal sikit dari sebelumnya. Harga termasuk GST katanye. Wahhh! Acik kate bunga pun ade GST ke kak? Acik pun membebel secara ringkas pasal GST kt akak tu terus dia bagi acik bunga extra free. Heheee~

Suke acik tengok teko ni ade gak kegunaannya. Teko sesat acik panggil dia ni sebab tak tau dari mana datangnya. Dia sebuah je. Tutup pun dah takde. Nak buang, sayang. 

Seadanya saje. Cheesecake jadi tapi nipis nau sebab buat half resepi tapi guna loyang 9 inci.

Bunga tanpa GST ;p

Semoga husband panjang umur, murah rezeki, diberi kesihatan yang baik untuk beribadat kepada Allah. I love u, forever! 

No comments:

Post a Comment