Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 22 June 2015

Baju Raya Suami dan Omar Ali

Suami saya seorang yang teliti pasal baju. Walau pun dia jarang sekali pakai iaitu baju melayu. Sebenarnye boleh dikatakan setahun sekali je pakai baju melayu - masa hari raya sahaja. Tapi dia tetap nak baju melayu tu fits perfectly dengan dia. Setakat ni dia tak jumpa lagi tailor yang boleh jahit baju melayu ikut standard dia. So, dia pun buat survey, tanya kawan-kawan dia. Ramai lah yang rekomen Omar Ali. Maka ke Omar Ali lah kita sebelum puasa hari tu. Dalam pertengahan Mei macamtulah. Kami pergi Omar Ali di Ayer@8, Putrajaya. 

Masa dia ajak pergi Omar Ali tu dalam kepala ni dah fikir- mesti mahal. Berapa ratus lah agaknya upahnye? Tapi sampai sana surprise jugak bila diberitahu upahnya RM150 sepasang. Ohh...tak lah mahal sangat sebab Omar Ali kan. So suami pun terangkan apa yang dia nak dan dia tak nak untuk baju melayu dia tu. Dia nak baju moden, tak nak poket kat dada. Specifically mentioned TAK NAK POKET DADA. Dipendekkan cerita, tailor (aku anggap dia tailor lah sebab dia yang amik measurement) bagitau baju siap 8 Jun. Tapi nanti kami akan call encik dulu. So, bayar deposit dan blah.

8 Jun takde sape dari Omar Ali yang call pun. Dalam 13 Jun macamtu baru ada orang call bagitau baju encik dah ready. So, kami ke Omar Ali, Ayer@8 pada 14 Jun. Tunggu punya tunggu pakcik yang amik measurement tu cari tak jumpa. Lepas tu ada seorang pekerja dia masuk. Dia cek itu ini lepas tu bagitau suami yang baju BELUM SIAP. Katenye tersalah rekod. Sila datang semula minggu depan. Fine.

Minggu depan. Saya dah malas nak turun kereta so just tunggu je dalam kereta. Dalam 15 minit lepas tu suami call bagitau baju dah siap tapi tak ikut spec dia bagi tu. Ada poket kat dada dan ukuran pun besar! Hoiii...Acik pulak yang panas hati. Mujurlah dah bulan puasa. Tahap kesabaran tinggi dari bulan biasa. Menurut suami, pekerja tu cakap macamni - takpe, kami buang poket tu, petang nanti encik datang balik. Takpe encik...besar, boleh kecikkan, labuh, boleh dikerat pendekkan... Haih Pakcik, kalau macamtu baiklah beli baju dah siap lepas tu buat alteration je. Kalau takat nak alter, tak payah hantar kat Omar Ali, hantar je lah kat tailor murah mane-mane. Kalau yang jawab macamtu Kedai Tukang Jahit Kak Jah Acik fahamlah. Ini Omar Ali uols! Tak professional langsung! Ni lah yang payah orang kita berniaga. Sorry to say lah ye. Dah petang, kami pun ada plan lain. Nak balik kolo pilah berbuko dongan omak! Kami datang esok jelah pakcik.

Esok. Dalam pukul 2.30 saya pergi kedai tu. Kali ni suami dah tak kuasa nak hadap so dia hantar saya je. Dia bagi duit, dia pesan amik, bayar dan blah. Malangnya Pakcik tu bagitau saya baju belum ready. Belum gosok. Saya cakap takpelah Pakcik, biar saya gosok sendiri. Tapi dia macam keberatan. Dia kata, datang balik pukul 4 boleh? Saya kata takpelah pakcik, saya dah ada plan nak pergi berbuka kat luar hari ni. Ingat acik takdo kojo lain ko asik nak berulang ko kodai ni sehari sampai duo kali?  Nak gosok sendiri leceh tau. Jangan pakai air. Aik? Heran jugaklah acik, kain murah yo acik boli apo plak tak boleh kono air? Tapi cakap dalam hati je lah sebab dah malas nak panjang cerita kan. Ok, faham pakcik, takpe saya tau. Sekali pakcik tu keluarkan baju tu dan cakap- sebenarnye belum buang poket lagi. Hoiiii...masa tu acik menahan sabar ni Allah je yang tahu. Sebab puasa dan orang tua tak sampai hati nak marah-marah. Tapi rasa perlu jugak lah luahkan apa yang patut atas kapasiti pelanggan kan. Pakcik, ni dah 3 kali kami datang nak amik baju ni pakcik. Hari ni pun tak siap lagi ke? semalam bukan pakcik bagtau suami saya boleh amik hari ni ke? Haah..tapi ingatkan nak datang petang. Takpe, tunggu kejaplah saya buat sekarang. Ok fine, Acik pun duduklah menunggu. Sebab lama sangat tunggu, suami pun call. Terpaksa lah acik terus terang je cakap baju you belum siap.  Suami masuk kedai tu tanye kat pekerja pakcik tu, budak muda- baru nak buat ke? Pakcik tu dah hilang masuk bilik dia betulkan baju tu. Haah.. sebab ingatkan encik nak datang amik esok? Aik?! Ko memang silap pilih jawapan lah dik. Ko patutnya mengaku salah dan minta maaf je. Sebab memang dah terang lagi bersuluh salah kau. Ini tak, kau sibuk nak menegakkan benang yang basah tetap kami jugak lah yang salah. Lepas tu kau cakap time nak raya memang macamni. Dah tu ko berniaga macamane? Tiap-tiap tahun time nak raya kau salahkan customer ke? 

Memang kecewa sangat dengan kualiti dan servis yang kami terima dari Omar Ali. Kita rasa dah pilih yang the best. So kita expect the best quality & services. Hari ni bila acik semak website dia rupenya Omar Ali ni franchise. Bukannya branch. Bila franchise memang akan compromise kualiti. Jadi tak heranlah hasilnya macamtu. Konsep francais dia mudah je. Francaisi tak perlu ada pengalaman menjahit. Janji pandai amik order. Lepas tu order tu tadi hantar ke kilang milik Omar Ali untuk dijahit di situ. So satu kilang cater untuk semua francias jadi paham-paham je lah baper banyak kan? Mesti ukuran pun agak-agak je. Ukuran sekian,sekian boleh sarung saiz M misalnye. Lepas dah siap, customer try, mane yang tak kena diorang alter. Hampeh!

Jadi kesimpulannya- itu first and last. No more Omar Ali!

2 comments:

  1. Kalau nak buat baju melayu. dekat atas Omar Ali ada satu kedai baju nama Jaringan Kasih atau lebih dikenali sebagai SAFIREKA Boutique. diiorang nya tailor utk baju lelaki tiptop. alhamdulilah. kemas. sebab kawan lelaki sy ramai buat kt situ. try la untuk raya tahun ini. =)

    ReplyDelete
  2. Omar Ali Wisma Yakin pun sama juga kualiti jahitan dan servis tidak memuakan . Baju yang siap tempah tak ikut saiz ukuran dan seperti yang diminta. Lepas siap ubahsuai jadi lebih teruk. Rugi je beli kain mahal tapi hasil jahitan tak memuaskan. Rasa tertipu dengan pengalaman yang kononnya sejak dari tahun 1935.

    ReplyDelete