Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 10 June 2015

Anniversary

Helooooo

Hari ni dapat bernafas sikit, kerja kurang sket hari ni. Alhamdulillah dapatlah Acik menulis.

30 Mei 2015 hari tu hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke- 6. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Baru 6 tahun tapi rasa macam dah lama! Sebab rasa masa terlalu laju. Terlalu pantas masa berlalu. Dalam 6 tahun dah macam-macam kami lalui. Kami tinggal di Sudan, negara yang....ermmm..entah tak tau macamana nak cakap. Hanya Allah yang tahu kehidupan kami di sana. Alhamdulillah Allah kuatkan kami menempuh kehidupan di sana selama 2 tahun. Kemudian Allah berikan kami tempoh 2 tahun lagi di Manila. Kami happy sangat masa di Manila. Tak rasa asing. It was feel like home! Takdelah rasa macam nak balik asrama tiap kali nak balik sana. Huhu. Sampai sekarang kami rindu kehidupan di Manila. Tapi saya menyukai kerja saya sekarang. Jadi kenangan manis di Manila kami simpan kemas-kemas dalam hati dan sekali-sekala kami imbau dengan senyuman-bergenang-air mata :') Dalam tempoh enam tahun kami dah menjejakkan kaki ke London, Paris, Tokyo, Istanbul, Hong Kong, Dubai, Cairo, Singapore. Tak pernah terduga Acik si comot dari kolopilah boleh sampai ke tempat-tempat tu satu hari nanti. Kecik-kecik dulu dapek poie Somban pun acik dah hepi! Hahaha...


Alhamdulillah dalam tempoh 6 tahun kami ada rumah sendiri. We built a house together! Rumah yang selesa untuk kami, yang kami hias mengikut citarasa kami. Walaupun dalam tempoh tu beberapa siri perbalahan, pergaduhan, sesi bermasam muka, silent treatment kami hadapi sebab masing-masing nak menegakkan selera masing-masing dalam mendeko rumah. Hehehe~ Tapi akhirnya kami dapat temukan titik persamaan kami. Maka terhasillah #HomeSweetHome. Alhamdulillah dalam tempoh 6 tahun kami dapat memiliki kereta yang selesa untuk kemana-kemana. Walaupun kereta tu tak semahal mana tapi cukup untuk kita, selesa untuk mak bapak kita yang dah tua untuk duduk semasa perjalanan jauh sebab leg room yang luas. Kita survey sama-sama, pergi dari satu show room ke satu show room dan test drive untuk betul-betul puas hati. Kalau orang lain beli kereta pertimbangannya ialah senang nak bawak anak-anak, isi barang-barang anak, tapi kita ialah untuk senang bawak mak bapak. Itulah hikmahnya kita masih belum ada rezeki nak ada anak sendiri sekarang ni supaya kita boleh lebih memikirkan mak bapak kita. 

Tapi bila dikenangkan balik 6 tahun ini belum lama. Sebab saya belum habis kenal dia. Hari-hari ada benda baru belajar tentang dia. Kadang-kadang tu dah tau tapi terlupa. Jadi selalulah acik terlanggar pantang larang dia sana-sini. Hehehe...Nasib baiklah dia bersabar je dengan acik. Walau pun dia bukanlah penyabar sangat orangnye. Masih banyak tentang kami yang perlu diperbaiki. Tapi tak perlulah stress. Kami dah sama-sama faham yang hidup ni singkat, esok lusa kita tak tau ape terjadi. Jadi enjoy saja moment yang ada ni. Ade banyak lagi benda kami belum buat sama-sama. Masih banyak tempat kita belum pergi, masih banyak lagi barang kita belum beli! Hahahaha.... Semoga kami akan terus bercinta hari-hari bertahun-tahun lagi!


2 comments:

  1. Paling acik jeles skali tang ko dapek poie berjalan tompek yang den idam2 an... london n tokyo....sungguh jeles..... situ joki ko kan.... semoga kekal bahagia hingga ke jannah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. I'm counting my blessing. Tq for the doa :)

      Delete