Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 6 February 2015

Bunga- bunga Cinta. Ahaks! ;p

Assalamualaikum!

Entry tertangguh. Mula ditulis pada Rabu (4 Feb 2015).

How do you spent your longggg weekend peeps?! As for me, TAK ADE MAKNENYE! Sebab Pak encik kena keje sabtu-isnin. Kerja tergempar ni. Takde notis, tak de memo. Mujur kami memang tak ade plan nak pergi bercuti kemana-mana sebab hari sabtu memang dah tau dia kena kerja. Yang hari ahad & isnin tu yang tergempar. Hari sabtu malam berdesup-desup mesej, call dari office. Stressss acik! Tapi yang ok nya kain baju sume settle. 2 bakul selamat digosok. 

Hari sabtu, pak encik balik dari meeting bersama 2 pasu bunga hidup. Wuiiii...berbunga-bunga hati acik!

Pink

Putih
Terus acik letak atas meja makan. Sayang takut layu bile nak keluar acik simpan dia dalam peti ais. heeee~
Bunga kat Malaysia ni mahal kan? Dah lah susah nak dapat yang rubberized. Compared to Manila, sepasu rubberized orked siap gubah baru dalam RM80 gitu. Menyesal pulak acik tak beli banyak-banyak masa kat Manila dulu.


Sepasu ni lebih kurang RM15. Beli kat centrak market, Manila. Dah siap-siap gubah.


Yg ini bunga je dalam rm7.50. Beli kt Dapitan Arcade, Manila. Pasu beli asing dalam RM15 kot. 

Ini beli kt Landmark, Makati. Shopping mall. Mahal sket lah harganye. Ini acik pilih-pilih bunga, pasu, batu & floss tu dalam RM 30 kot. Pasu kecik biru sebelah dia tu acik beli kt central market, Manila dlm rm3.5 satu. Dia jual sepasang jadi rm7 sepasang. Satu lagi tak nampak terlindung dek bunga.

Yang ini bunga dari kulit siput. Acik beli masa perwakilan buat lawatan ke kilang kulit siput. Macam-macam produk diorang buat dari kulit siput ni. Salah satu yang menarik ialah bunga ni. Tapi tak ingat pulak acik baper rege sekuntum.

Ini pun beli kat central market. Belas2 ringgit je harganya sepasu dah siap gubah ni.

Ini orang bagi. FREE!

Ini pun beli kat Landmark. Lebih kurang RM50 sepasu. Acik pilih bunga & pasu florist tolong arrange.

Ni pun same beli kat Landmark, Makati.

Ini beli kat Malaysia. Mahal! rege sekuntum je RM10.

Baru beli rak buku. Barulah dapat susun buku. Dekat 6 bulan buku-buku duk dalam kotak je sebab takde tempat nak letak. Beli kat kedai perabot kt equine je. Murah, boleh tawar- menawar Acik regular customer kat situ. Order hari ni, minggu depan sampai. Acik minat gak dengan rak kat IKEA tapi acik tak rajin nak pergi jauh-jauh, orang selalu ramai lepas tu sampai rumah kena pasang sendiri. Hoiii...jenuh! Tapi barang-barang dia cantik-cantik kan? Takpelah, yang ini pun acik dah happy~

3 comments:

  1. cantik rak buku tu..boleh beri tahu nama kedai tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ainhany... saya beli kat kedai perabot lestari.

      Delete
  2. Rajinnya dian melayan bunga. Akak memang tak rajin tambah dgn kekanak rebina

    ReplyDelete