Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 26 January 2015

Kisah Duka Yang Menginsafkan

Asslammualaikum...

Minggu lepas ada 2 kisah sedih terjadi dalam 1 hari. Pagi-pagi Khamis tu dapat berita seorang kenalan kehilangan suami yang dah lama menderita kanser. Innalillahiwainnailahirajiun. Masa dapat tau tau rasa nak cepat balik rumah peluk suami sendiri dan malam tu masa baring sebelah suami saya terfikir macamane dia malam ni kan? Mesti janggal tidur tiada suami di sisi. Seharian tu fikiran rasa terganggu dan badan jadi lemau satu macam. Itu kita yang takde kena mengena. Dia yang menanggungnya kite tak tau kan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Esoknya saya dan 6 lagi kawan-kawan lain pergi melawat dia masa lunch. Sedih sampai tak terkata tengok keadaan dia. Sepanjang bercerita pun dia asik nanges je. :'( Bila tengok anak dia yang baru berumur 2 1/2 tahun lagi sebak rasa hati ni. 

Petang khamis tu sampai je rumah dah plan nak masak. Sebenarnya takde selera nak makan. Sebab tu suami ajak makan kt kedai acik kata baliklah, i masak. Tengah siap-siap nak masak sambil-sambil tu baca masej kat group whatapps ade sorang kawan sekolah ni yang pregnant twins dah nak dekat 7 bulan bagitau doc cakap anak-anak dia dah takde heart beat. AllahuAkbar! Terus lemah badan acik. Kesian sangat dengan dia!Tak tau nak cari kata-kata macamane untuk menenangkan hati dia. 

Acik hanya mampu berdoa untuk kawan-kawan acik yang berdua ni semoga mereka berdua tabah dengan ujian Allah untuk mereka ni. Semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik bagi mereka berdua. Bagi acik sendiri, kedua-dua kejadian ni memang cukup menginsafkan. Lepas ni jangan nak garang-garang sangat dengan pak encik. Hari-hari kena say 'I love U'. Cakap banyak-banyak kali. Sebab kite tak tau masa kita di dunia ni dengan dia berapa lama lagi tinggal. Jangan nanti menyesal. Lebih hargai apa yang acik ada sekarang. Suami yang baik, keluarga, adik beradik yang berhampiran dengan kita, kawan-kawan yang selalu ada di masa suka duka kite, rumah & kereta yang selesa, kerja yang berpadanan dengan kelayakan kite. Jangan nak jeles-jeles tengok orang ada suami romantik yang rajin menolong di dapur, yang pandai masak. Jangan nak jeles-jeles dengar orang tu pregnant, ada anak comel-comel berderet. Jangan nak jeles-jeles rumah orang tu lagi bosar, banyak barang cantik-cantik dalam rumah dia.Rumah kite tu kite jaga jela elok-elok. Hias ikut citarasa & kemampuan kite. Ada duit lebih sikit jangan asik nak fikir tambah koleksi handbag je. Pakai je lah ape yang ada tu sampai lunyai. Duit yang ada baik simpan, esok-esok kalau terdesak ade simpanan. Jangan nak pertikai kawan-kawan naik pangkat awal. Itu bahagian dia. Bahagian kite sure ada. Rezeki itu misteri-kata kawan acik.

sudut membaca dalam bilik sebelum tidur. Tapi malam tu otak penat sangat tak larat nak sambung membaca.

3 comments:

  1. acik, mak jem tersentuh, sedih.. rasa seperti apa acik rasa.. sedihkan kalau duk sorang membayangkan... hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu mak jem...
      p/s: kerusi yg dlm pic entry ni yg acik beli kt fella masa sale tu. Kami beli angkut naik kereta je. Huhu..

      Delete
  2. boto tu acik...mati tu pasti..antara copek n lambek jo..samo lah..sgt terkesan bile kew fama kehilangan akauntan2 yg mudo2..sorang meninggal bersalin, sorang meninggal mase tido..sorang tu tinggalkan anak umur 3tahun, sorang tu tinggalkan 3 org anak antara 4thn hingga 9thn..sedih sgt tgk anak2 nye mengadapkan arwah mase arwah dimandikan n dikafankan tu..meleleh2 air mato..

    ReplyDelete