Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 17 June 2014

Maluuuu!

Acik kat Malaysia sekarang ni. Balik 6 hari semata-mata nak uruskan pasal rumah. Nak renovate rumah, nak cari kontraktor, nak kena mohon permission dari Majlis utk renovate rumah. Sekarang ni kat Majlis ni. Malam tadi check in hotel Everly Putrajaya. Sakitttt hati acik dengan hotel tu...entah ape-ape bilik dia bagi. Aircond tak sejuk langsung! Husband Acik tak boleh tidur. Lepas tu dengan toilet bidet bocor entah ape-ape lagi. Adoii! Terus check out & check in kat hotel lain.

Pagi-pagi keluar pergi Majlis sampai-sampai je Acik dah rasa tak sedap hati sebab tengok parking kosong je.... dalam hati berdoa jugak mudah-mudahan setel la hari ni sebab banyak lagi proses nak buat ni.

Nasib baik Jabatan Bangunan kata boleh buat sekarang. Alhamdulillah. Tibe-tibe datang sorang uncle ni dia tanya kami kenapa Jabatan Perancangan kosong? Takde orang. Acik jawab tak pasti, kami pun pelanggan. Bile uncle tu tanye pada staff di Jabatan Bangunan ni, kakak tu jawab hari ni ade majlis APC, semua orang pergi sana. Majlis habis tengahari, jadi datang semula pukul 2. Hoiiiii! Memdidih acik  dengar. Selambe je jawab macamtu. Ape lagi husband acik dgn acik pun bismillah la membebel kat akak tu. Sebagai penjawat awam kami rasa malu sangat dengar jawapan macamtu! Kalau dah takde orang nak datang keje baik lah kau keluar pekeliling bagitau Jabatan kau tutup jadi senang orang tak datang. Ingat orang takde kerja lain nak datang Jabatan kau selalu? Walaupun takde efek pada urusan kami tapi hangen jugaklah dengar orang lain kena macamtu.

Come on Malaysia!  Takkan macamni servis yang kita boleh offer kot? Bangunan pejabat dah kan main gah (walaupun hiasan macam tadika). Acik bukan ape sebab acik dah duduk Sudan. Sudan tu negara 3rd world country, berperang pulak tu. Jadi boleh la faham kalau servis entah ape-ape. Lepas tu kami duduk Filipina pulak. Negara tu kerenah birokrasi melampau lepas tu korupsi jangan cakaplah. Selalu bile hangen berurusan dengan diorang acik kan cakap kalau kat Malaysia ni mesti senang je setel takde leceh macamni. Jadi bile kat Malaysia acik berdepan masalah macamni rasa kecewa dan malu sangat-sangat!


2 comments:

  1. annoying nye.
    these people memang takde skill public relations langsung. dahlah jawab mcm tu, takde rasa bersalah pulak. suka hati suruh orang datang balik at 2pm. and kalau ye pun ada majlis apc, takkan takde a few people yang boleh stay back untuk jaga office. everyone has to be there ke??? wot an idiot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...terkejut dengar kakak tu jawab macamtu. Semua pergi majlis APC?. Biarlah tak ramai staff yang tinggal asalkan Jabatan tu masih boleh berfungsi. Kerja akan jadi sedikit lambat tapi orang faham sebab majlis APC bukan selalu, dan orang taklah rasa sia-sia sangat hari tu.

      Delete