Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 20 May 2014

Rumahku Syurgaku

Assalamualaikummmm!
Yuhuuuu..... acik kembali lagi... Lama menyepi sebab balik kampung kejap hari tu. Sebelum balik tu macam-macam lah yang nak disiapkan pulak kan... haiiii... acik ni macam lah anak berderet kan? Hiks. 

Hari ni acik nak cerita pasal rumah lagi sekali. Sekarang acik memang tengah angau nak mendeko rumah jadi layankan je lah ye. 

Throw pillows da bertukar sarung. Kalau tak sofa acik tu serba biru. Boring! Acik suke gak kaler biru sebenarnye tapi taknaklah semuanya biru. Acik lebih suka warna-warni. 

Dah lama berhajat nak ganti throw pilloow cover tapi asik bertangguh, tau-tau dah dekat 2 tahun duduk rumah ni dengan sofa serba biru. Haha! Kebetulan Homeworld SM Makati sale acik pun terus pergi sana berbekalkan sarung biru tu sebagai sample. Kang beli-beli tak same size pulak. Harga tak percaya sale dia ni. Serendah Php 56 = RM 4. Berdosa kalau tak beli masa ni.

Hari tu ade angan-angan nak beli meja wrought iron marble top kat Dapitan Arcade. Nak letak kt dapur la kononnye.... tapi bile suami tengok sendiri kat Dapitan tu dia tak setuju pulak. Dia kata marble top nanti kalau dah tercabut satu marble dah tak cantik. Lagi pulak bile si penjual tu kan main kerek lagi taknak bagi diskaun.  Lepas tu kami ke Greenhills berkenan dengan yang ini. Tapi kat situ kena tempah. 3 minggu baru siap. Happy, balik dari Malaysia esoknya meja baru sampai. Masa meja ni sampai macam confuse jap nak letak kat mana. Ha... itu tandanya dah kena stop beli barang rumah sebelum rumah kau bertukar jadi show room kedai perabot. Kami ni nasib baiklah rumah kat Malaysia tu sama besar dengan rumah kat Manila ni. Kosong pulak tu. Kalau rumah yang sini lagi besar, lepas tu lupa diri kat Malaysia rumah kau teres 2 tingkat je kau bergasak beli macam-macam sebab rumah kat sini lapang, barang-barang rumah pulak murah ha...merasa la balik Malaysia nanti barang-barang tak tau nak letak mane kan.

Antara perkara yang saya kagum dengan Filipina ialah keunikan seni kraftangan mereka. Idea lebih kreatif dan lebih halus buatannya. Paling best lebih murah harganya. Macam woven clutch tu kan. Kat Malaysia ade je beg anyaman dari mengkuang tapi tak secantik yang di sini. Dah tu Malaysia lagi mahal. Ini salah sat contoh barangan kraf tempatan. Bunga ros dari kulit siput. Acik beli masa melawat kilang kulit siput hari tu. 

Masa memborong sarung kusyen hari tu masa dah nak dekat-dekat nak bayar acik terpandangkan alas meja yang sweet ni. Terus acik jatuh cinta pandang pertama! Harga offer Php100= RM7.

Sudut bacaan :)

Rumah acik jarang minum-minum petang ni sebab kami lebih suke makan nasi. Tapi sebab ade meja baru terus suke minum petang. Ahaks!


4 comments:

  1. Acikkkkkk cantik meja tu hokay. Ok bai.

    ReplyDelete
  2. Yan ko boli banyak2 nanti blk m'sia tak tahu lotak mano ko jual la dng akak.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak kalau ado apo-apo nak kirim dari sini jangan malu-malu PM sey yo. :)

      Delete