Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 1 April 2014

Tokyo 2014


Berlepas (Manila-Narita via Philippines Airlines)

Alhamdulillah tercapai impian nak pergi Jepun walaupun sebenarnye Tokyo sendiri pun tak habis cover. 6 hari 5 malam manelah sempat nak cover semua kan? InsyaAllah ade rezeki kita pergi lagi. Jepun negara yang best untuk dilawati berkali-kali. Shopping sakan memang tak la segala-galanya mahal. Tapi kagum dengan budi bahasa dan disiplin rakyat Jepun, kemajuan teknologi dan kebersihan negaranya.

Baru sampai Narita Airport. 31/1/14. CNY. Kan main merah lagi acik sesuaiiii sgt dgn CNY.

Kami duk hotel di Shinjuku. Hotel Rose Garden. Dari airport ke hotel kami naik Limousine Bus sampai ke Shinjuku station. 3000 yen seorang tambangnye. Dari Shinjuku station kami naik teksi ke hotel (5 minutes ride). Boleh je kalau nak jalan kaki dari Shinjuku station ke hotel tapi sebab baru sampai kami tak familiar lagi lagipun leceh dengan beg baju semua jadi amik teksi je lah. 710 yen tambangnye. Kami sampai pun dah gelap dan kelaparan. Kami keluar rumah pukul 7am. Sempat makan nasi goreng dan buat sandwic sardin untuk dimakan dalam flight. Kami naik Philippines Airlines makanan tak halal jadi terpaksa lah bawa bekal. Take off pukul 10.45am sampai Narita pukul 3.55pm (local time, 1 jam awal dari Malaysia & Filipina). Dari airport ke Shinjuku pulak 1 jam lebih lagi. Turun je bas memang terasa sejukkkk! Sampai hotel tukar baju terus keluar cari makan. Lepas makan kami jalan-jalan kat kawasan sekitar hotel. Tak tau lah malam tu memang sejuk sangat atau badan ni belum biasa lagi dengan suhu di sana Acik selsema dan rasa nak demam terus malam tu. Balik hotel terus telan ubat. Alhamdulillah esoknye bangun dah ok.

Hari Kedua (Ginza, Omotesando & Harajuku)

Kami ke Ginza. For my husband Ginza ni tempat wajib pergi kalau ke Tokyo. Kiranya tak lengkap la trip ke Tokyo tanpa ke Ginza. Sebelum ke Tokyo, selalu cari-cari info pasal Ginza ni memang membayangka dia macam Orchard St., Singapore. Rupanye memang betul, ok! Tapi Ginza lagi besar. 



Cantikkan kimono diorang?

Dari Ginza kami naik LRT ke Omotesando. Dah gelap dah masa sampai sana. Kami takde hala tuju specific kat sana. Jadi kami menyusur jalan dan singgah di kedai-kedai menarik di sepanjang jalan.


Sebelum balik kami singgah makan di kedai sushi. Dah kenyang sambung jalan kaki cari stesen LRT terdekat dan balik hotel.

Hari ketiga (Shinjuku & Odaiba)

Tiap-tiap pagi kami akan singgah breakfast di coffee shop yang ada dekat-dekat dengan hotel. Lepas tu kami akan ke Nishi Shinjuku Stesen yang hanya lebih kurang 50 meter dari hotel. Tapi hari ni kami jalan kaki saja sampai ke Shinjuku Stesen. Lepas tu kami terjumpa kaunter tiket limo bus untuk ke airport. Being a proactive (kononnye!) kami beli awal-awal tiket nak balik nanti. Huhu...padahal tiket tu sentiase ade je. Masa nak balik pun kami sampai awal dari jadual, kebetulan ada bas da sampai kami boleh je naik bas tu. kirenya kalau beli tiket masa tu pun takpe. Tapi sebab first time kan, risau gak kang tetibe sold out matiklah!

Sebahagian dari Shinjuku. Pemandangan dari atas jejantas. Rindunye!



Keliling shopping mall yang macam-macam jenis dan macam-macam ada dijual di situ. Dari pakaian, peralatan rumah, barang elektrik/elektronik. Bawah tanah tu Shinjuku Stesen. Stesen LRT terbesar.

Dari situ kami ke Odaiba dengan menaiki JR (Japan Rail)- keretapi. Kami ke Aqua City, Odaiba. Kat situ lah kami beli tiket masuk Disney. Tiket masuk boleh jugak beli kat Disney Resort tapi kami fikir malas nak beratur kat sana baiklah beli awal-awal kat Disney shop dalam Aqua City tu. Sebelah Aqua City bangunan yang ada benda bulat tu ialah Stesen TV Fuji.


Replica Statue of Liberty

Hari Keempat (Disney & Akihabara)






Tempatnye besar, orang pun ramai. Yang hairannye orang tempatan yang paling ramai. Satu-satu ride tu kalau nak main/naik beratur panjang sampai berjam-jam. Ade fast pass pun kadang-kadang dah habis.  Jadi tak banyaklah rides yang kami dapat naik. Tapi tetap pua hati sebab tempat ni cantik sangat. Puas bergambar dalam ni.

Dari Disney resort kami ke Akihabara. Asalnya tempat ni tak masuk dalam plan tapi sebab ada sedara kirim barang yang kami rasa ada kat situ. Dah puas cari tempat lain takde jadi kami rasa kena pergi Akihabara. Alhamdulillah ada. Tak sempat nak bergambar di Akihabara sebab dah penat & lapar. Akihabara- electronic city, segala macam gajet ade di situ. Peminat-peminat gajet, games, anime sure suke tempat ni.

(Hari Kelima- Tokyo Tower & Shibuya)

Tokyo Tower pun pada mulanye tak termasuk dalam plan. Hehehe... Kami memang tak minat nak pergi tempat-tempat macam tu. Dah naik Eiffel Tower cukup lah kot. Sebab tulah Tokyo Skytree pun kami tak pergi! Tapi deisebabkan kat Tokyo Tower tu paling senang nak beli souvenir jadi kami pergi jugaklah pagi-pagi tu. Esok dah nak balik, jadi hari ni terpaksa jugak cari souvenir serba sikit.

Keluar hotel pagi tu hujan agak lebat. Angin pun kuat. Sejuknye memang lain macam dari hari-hari sebelum ni. Masa di Tokyo Tower, peniaga di situ bagitau kami salji dijangka turun hari ni. Oh happy nye kami dengar! Dalam hati berdoa kuat-kuat mintak-mintak betullah salji turun hari ni. Memang niat asal pergi Jepun nak tengok salji. Tapi Tokyo jarang bersalji. Nak tengok salji kena pergi ke area Mt. Fuji. Tapi tak cukup duit pulak nak berjalan sampai ke Mt. Fuji. Muahhahaha!

Dah dapat semua yang nak dibeli kami pun meneruskan perjalanan ke Shibuya.


Dekat-dekat dengan the busiest junction in the world. Nak amik gambar kat yang betul-betul junction tu tak sompek. Orang terlampau ramai! Masa ni gerimis tapi acik buek-buek macho bergambar tak berpayung.
Dah lapar, jadi kami lunch kat kedai tempura. Tak taulah kenapa makanan Jepun ni semuanya sedap-sedap. Lagi-lagi bile makan kat sana. Teringat-teringat sampai sekarang. Pekerja kedai tu pulak bagitau salji dijangka turun pukul 3. Kami kat kedai tu lama sampai pukul 3 tapi salji tak turun-turun jugak. Spot da baik da tepi tingkap.

Dah kenyang lepas lunch suamiku ajak pergi Omotesando lagi sekali. Katenye boleh jalan kaki. Bile dia tanye pekedai kedai tempura tu, orang tu suruh kami naik subway sebab hujan & tak lah dekat sangat. kalau jalan kaki boleh tahan jugaklah. Tapi suamiku degil nak jugak jalan kaki. Ok la kite layankan aje. Sekali sekala. Lagipun baru lepas makan, kire senaman membakar kalori  la tu.

Kedai tu kat tingkat 6. Sekali turun lif je, acik melompat keriangan dek ternampak snow flakes! Siap amik video post kt Fb. Nak tunjuk kek org kampung yang acik da jumpo salji. Hahahaha!!!

Nak sangat jalan kaki. Ade dalam 20 minit kami berjalan. Makin lama makin lebat salji turun. Dari halus-halus, kalau amik gambar pun tak nampak sampaila kasar-kasar macam dalam gambar bawah ni. Masa ni dah sampai Omotesando.


This is rezeki. Kalau hari ni pergi Disney sure tak enjoy sebab salji. Kalau salji turun esok kami pun dah nak balik. Tak dapat bergambar macamni. Salji turun pertama kali untuk 2014. Sehari lepas kami balik Tokyo dilanda ribut salji sampai banyak flight canceled.  See... nasib kami baik kan? Alhamdulillah.

Hari keenam (Narita-Manila)

Pagi yang sayu nak meninggalkan Tokyo. Memang rasa nak pergi lagi nanti lain kali. Menyimpan angan-angan nak pergi lagi di musim lain. Musim bunga mungkin? Boleh tengok sakura pulak. InsyaAllah.

Tamatlah cerita percutian kami di Tokyo. Cerita yang tertangguh. Setiap kali nak tulis ade je halangannye. Tapi akhirnya siap jugak. Terasa lega. Rasa macam selesai bayar hutang. Padahal entah ade pembaca entah tidak blog ni. Tapi aku menulis sebagai kenangan...takde orang baca nanti-nanti kite baca sendiri.


1 comment:

  1. Assalam Acik... Nak tanye skit. senang ke klu kite nak gi sendiri tanpa travel agent. Kena study betul2 map railway dia ke... ramai yg kata susah nak baca. In shaa Allah saya dan family seramai 5 orang dewasa akan ke Tokyo pd January 2016 nanti. Selama 5hari 4malam. Tiket da book. Skrg tengah mencari homestay atau tempat yg blh tinggal bersama family.

    Blh saya tau, harga hotel Rose Garden tu utk semalam. Dia kira perperson ke per room?... Blh email saya klu ade ape2 yg perlu saya tahu lg... spt tempat2 menarik di Tokyo. email: adziekarmila@gmail.com

    Tkasih

    ReplyDelete