Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 10 February 2014

Macamane lah agaknye?

Lameeeee giler tak tulis apa-apa kat sini. Takde alasan ape pun, malas je sebenarnye. Hehehe...
Cerita Tokyo nanti dulu ye. Mood rajin nak menulis panjang-panjang belum mari.

Cumenye satu hari tu suamiku sangatlah busy dengan kerjanya sampaikan keluar rumah sebelum subuh dan pulangnya malam. Dapat jumpa dia kejap je. Tetibe rindu pulak. Tak sangka pulak boleh terindu bila tinggal sorang-sorang kat rumah. Masa tu aku terfikir macamane la agaknye suami isteri yang PJJ? Yang berjumpa seminggu sekali. Macamane la agaknya rasa jadi isteri askar yang suami kene pergi mission? Ape rasanye isteri navy bila suami sailing? Lagi parah macamane perasaan isteri-isteri yang suami mereka dah meninggal? Haiyooo.... acik tak boleh nak bayangkan tu sume jadi kat acik! Baru satu hari suami outstation acik dah meleleh air mata sebaik saje dia keluar dari pintu rumah! Aku pun tak boleh nak faham macamane ada isteri yang sanggup balik kampung tanpa suami? Kalau yang sebab berpantang tu aku faham la. Ini yang takde sebab. Balik sampai berbulan-bulan. Lagi satu jenis bercuti dengan kawan-kawan lepas tu tinggal suami. Di manakah keseronokkannye percutian macam tu? Acik ni nak bershopping pun takde mood kalau bukan dengan husband acik.

Ok, tu jelah acik nak bebel. Jumpe lagi bile-bile acik rajin. Daaaa~~


1 comment: