Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 29 August 2013

Petua Senang Hati

Dapat dari facebook
Sebagai manusia, kita memang sedih bila impian kita tak tercapai. Tapi jangan hidup dalam kesedihan. Sedih kejap je. Cepat-cepat sedar Allah knows best. Ada yang lebih baik menanti kita.

Sebagai manusia, kita memang marah bila dapat tahu orang mengumpat kita. Tapi jangan terlalu ikutkan marah sampai kita buat benda-benda bodoh yang akan kita kesali kelak. Lekas-lekas cool down dan muhasabah diri kita. Perkara biasa kita diumpat orang, orang tu manusia macam kita. Cuba kita fikir balik, kita ni tak pernah mengumpat orang ke??? Mulut orang kita tak boleh kawal. Orang boleh cakap ikut sedap dia. Terpulang pada kita nak memilih untuk ignore atau peduli kata-kata orang. Nasihat saya, kalau nak hidup happy sila IGNORE.

Yang no 3 tu, kalau berjaya dilatih lebih mudah untuk kita amalkan yang no 2. Sebab bila kita bergantung kepada Allah semata-mata apa sangatlah umpat keji orang. Kita tak hidup atas kata-kata orang. Setuju?

Sentiasalah bersyukur. Sekecil-kecil nikmat pun nikmat juga.

Kita ni manusia biase yang banyak buat salah. Kita maafkan orang, mudah-mudahan orang lain pun senang nak maafkan kita.

Hidup ini mudah, kita yang buat jadi payah. Hidup ini singkat, jangan selalu susah hati, rugi!




2 comments:

  1. menarik sekali tulisanmu,,, good writing

    ReplyDelete
  2. Dian, lama dh tak mencoret.... rindu nk membaca :p

    cupidz

    ReplyDelete