Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 21 August 2013

Perkara-perkara kecil yang jarang disyukuri di Malaysia.

1. Tandas awam dengan bidet/ hose
Terutama kalau di non-muslim country. Jarang nak jumpa tandas awam yang ada bidet. Bawalah botol kosong atau sekurang-kurangnya tisu basah. Kalau tak terpaksa buat cara orang lain- kesat je dengan tisu.Tapi kelebihan toilet tanpa bidet ialah toilet sentiasa kering dan kebiasaannya lebih bersih dari tandas-tandas awam di Malaysia. Tak usah pergi jauh, kalau travel dari mana-mana ke Malaysia, tandas KLIA pun dah gagal dari segi bau dan kebersihan.

2. Surau di shopping mall
Terutama masa bulan puasa yang lepas. Nak berbuka puasa di luar pun kene fikir banyak kali. Lepas berbuka mana pulak solat? kalau nak solat di rumah sempat ke? Jadi, batalkan jelah niat berbuka puasa di luar. Masak sendiri di rumah je yang paling practical.

3. Makanan halal di mana-mana
Ini pun satu masalah juga. Bagi pengikut mazhab syafie kita bukan sahaja perlu makan makanan pork-free tetapi ayam dan daging juga perlu disembelih mengikut cara yang telah ditentukan. Banyak tempat yang tak tau pasal ni. Bagi mereka asalkan pork-free sudah memadai. Sudah halal. Macam makanan dalam kapal terbang, kami order muslim meal. Sekali yang sampai ayam. Maaflah, kami takkan makan sebab pasti tak sembelih cara Islam. Jadi kalau pergi ke tempat-tempat yang diragui kehalalan ayam dan dagingnye kami akan makan seafood sahaja. Di Malaysia, makanan halal almost everywhere. Teragak nak makan ape, order kejap je dah dapat.

Bagi orang dewasa tak pelah lagi bayangkan kalau ada anak yang dah pandai nak mintak makan itu ini, sebagai ibh bapa mesti sebolehnya nak penuhi kehendak anak. Kalau anak cakap mak, saya nak makan KFC hari ni *sambil guling-guling depan kedai KFC* ape kita nak buat?

4. Diskriminasi/ layanan double standard
Di Malaysia, takde lift untuk orang gaji, yang ade lift bomba. Ade negara yang di lift ada papan tanda - strictly for residents only. Pet & helpers sila guna lift servis. Orang gaji tak boleh duduk di lobi. Macamane nak bezakan orang gaji dengan tuan?-Orang gaji wajib pakai uniform & ada i.d.

Sesetengah airport, immigration sangat anti (ke takut?) dengan pemegang passport nama Muhammad. Orang lain 2-3 minit, yang Muhammad punyelah lama. Macam-macam soal jawab, siap check wanted list bagai. Nanti kat kastam pulak nampak orang pakai tudung mula la nak search beg. Diplomatic immunity? Hmmm...kadang-kadang laku passport diplomatic tu, kadang-kadang kene bergaduh dulu baru laku. Kalau negara yang rakyatnya fasih berbahasa Inggeris mudah la sikit nak bergaduh yang jadi masalah bila di negara yang tak berbahasa Inggeris. Kena pakai bahasa isyarat, macam ayam dengan itik. Semua tu buat spoit mood nak bercuti je kadang-kadang tu.

5. Takde tahi anjing merata-rata
Berjalan-jalan di negara orang mata kena selalu pandang bawah. Tengok-tengok sikit kot ada tahi anjing. Terutama di negara pet-friendly. Dalam shopping mall, dalam restaurant pun boleh bawa anjing! Kalau hujan, dibenarkan bawa anjing berjalan-jalan di basement parking. Nak bawa berjalan ke mana pun kami takde masalah tapi silalah kutip tahi anjing tu bile dia melepas di mana-mana.

6. Hujan dan matahari
Percayalah, di negara yang ada salji mereka sangat menghargai kehangatan matahari. Di negara padang pasir yang panas terik mereka amat merindukan hujan. Jadi bersyukurlah Malaysia takde cuaca ekstrim macam negara lain.

Banyak lagi kot perkara-perkara kecil yang jarang disyukuri di Malaysia tapi setakat ni je yang mampu disenaraikan buat masa ni. Iye, diakui Malaysia bukanlah negara yang perfect. Begitu juga kerajaan Malaysia pun bukan kerajaan yang sempurna. Tapi kalau nak bandingkan dengan negara lain Malaysia jauh lebih baik dari banyak segi. Kalau asyik nak cari salah je memang boleh jumpa. Tapi tolonglah kalau nampak apa-apa yang tak kena sila komplen dan beri cadangan pada yang boleh membetulkan keadaan bukannya  pandai kondem je.





No comments:

Post a Comment