Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 21 August 2013

Perkara-perkara best

Ok, to be fair kepada negara ni hari ni mari kita bercerita pasal perkara-perkara best yang ada di sini yang tidak dapat ku nikmati di tempat lain sebelum ini. Semua tempat tu ada baik buruknya. Kalau kita boleh komplen dan merungut tentang kekurangan kenapa kita tak boleh hargai dan bersyukur dengan kelebihan kan?

1. Maid
Negara ni negara maid. Nak dapatkan khidmat maid/ baby sitter/ helper cukup mudah dan murah. Nak macamne? Nak fulltime? part time? berjadual tetap? datang hanya bila dipanggil? Stay in? Harga pun banyak pilihan. Ade rate. Harga employer local lain, foreigner lain. Foreigner pun ada lain-lain kategori. Dari negara-negara maju macam US, Europe, Jepun mahal lah sikit. Paling murah gaji yang kerja dengan local walaupun local tu kaya raya. So diorang boleh upah sampai 2-3 orang helper. Maid lain, nanny lain, kalau ada bela pets (normally anjing) ade pulak yang khusus kerja bela anjing je, bawa anjing jalan-jalan, mandikan sume.

Setiap rumah di sini kebanyakannya dilengkapi dengan maid quarters. Biasanya sebuah bilik di bahagian belakang dapur dekat dengan laundry area. Bilik dilengkapi dengan katil, build in wardrobe & toilet. Just nice untuk seorang atau dikongsi berdua.

Helper di sini boleh diharap buat macam-macam. Dari mengemas rumah sampai lah ke wet market dan groceries shopping. Kalau ada yang bernasib baik boleh urut dan buat manicure & padicure sekali. Kot lah ade yang pernah ada pengalaman kerja di spa atau salon.

2. Rumah
Aku suke sangat rumah ni. Cozy & homey. saiznye just nice untuk kami berdua dan menerima tetamu setakat satu family nak tumpang tidur. Kedudukan rumah ni pun strategik. Bukan betul-betul di jalan utama jadi tak bising dengan bunyi hon kenderaan. Tenang je suasana sini. Lokasi tempat ni memang best. Depan bangunan rumah aku ni ade ministop (convenient store), coffeebeans, salon. Ade recreational park, ada parking awam yang setiap hari sabtu jadi saturday market ala-ala pasar tani. Harga sedikit mahal tapi ok lah kalau terdesak tak sempat pergi wet market. Office my husband pun dekat. sederet je dengan bangunan ni. Sebelah rumah ada kumon, ade pre school. Kalau ade anak nak hantar situ memang la mudah. Seberang park ade starbuck. Belakang rumah pulak ade 7E, ade Korean groceries store. Kedai kecik je tapi semua benda asas ade. Harga mahal sikit tapi boleh la dari takde langsung. Kalau terputus bawang, garam, gula tak payah pergi jauh-jauh. Sebelah kedai tu ade dobi, jalan depan lagi ada Nuat Thai tempat urut kaki refleksologi. Deret yang sama ada make up studio & salon. Sebelah dia ade spa. Best kan? semuanya keliling rumah je. Tapi aku boleh bertahan duduk rumah berhari-hari keluar weekend je dengan suami sebab takde keperluan buat ape nak keluar? Dah terbiasa masa kat Sudan dulu kot. Tak pun memang rumah ni yang best sampai rasa takpe kalau duduk rumah je. Buat itu ini kejap je masa berlalu tau-tau dah petang suami dah balik kerja.

Security wise bangunan ni paling tip top. Pergerakan keluar masuk bangunan sentiasa dipantau. Kena isi borang itu ini, lepas tu receptionist akan call tuan rumah untuk buat pengesahan yang kite expect tetamu atau kita memang ada order barang suruh hantar ke rumah atau ada panggil apa-apa suruh servis aircond atau water dispernser ke repair ape-ape yang rosak ke etc. Walaupun kerja-kerja berjadual setiap bulan contohnye diorang tetap akan call unit untuk sahkan. Lepas tu bila kerja dah siap, even helper nak balik pun guard akan periksa beg diorang. Kadang-kadang kalau aku ade bagi maid aku ape-ape untuk dia bawa balik walaupun sekadar kuih diorang akan call tanye semua ok ke? Betul ke memang kita yang bagi maid bawa balik? Jadi, sebelum diorang call aku akan call lobby bagitau maid nak balik, aku ade bagi dia sesuatu.

Servis rumah ni pun bagus. Kerja-kerja maintenance semuanya berjadual. Nak buang sampah tak payah susah-susah bawa turun. Lekatkan sticker kat pintu belakang nanti janitor akan datang ketuk pintu mintak sampah. Satu hari 2 kali setiap pukul 8am-10am dan 8pm-10pm. setiap unit diperuntukkan 2 petak parking lot. Kami sangat bernasib baik parking lot kami betul-betul depan pintu lif. Rumah kami pun depan pintu lif. Jadi takde la masalah nak mengangkut barang jauh-jauh. Lagipun di sini ade servis angkut barang. Bagitau je dekat guard nanti dia akan panggil orang bawakan troley untuk bawa barang sampai ke dalam rumah. Jangan lah kedekut bagi tips pulak.

3. Hospitality orang tempatan
Filipinos memang terkenal dengan hospitality. Kalau pergi kedai mane-mane semua pekerja akan greet kita. Good morning, ma'am... selamat po..senyuman tak pernah lekang, cakap pun lemah lembut je suara. Setakat ni kami pergi ke mana-mana tiada yang setanding Filipinos. Bab ni they are the best.

4. Valet parking yang banyak dan murah
Boleh dikatakan valet parking ada di setiap shopping mall. Yang penting murah. RM7.50 per entry atau 4 jam pertama. Lain tempat, lain rate. Tapi lebih kurang macamtulah mana-mana pun. Kalau kat Malaysia kita nampak kebanyakan kereta mewah yang parking situ. Tapi kat sini kereta buruk kami pun join sekali. hehehe...

5. Noritake murah
Murah tahap tak percaya lah rasanye. Ala-ala harga corell kat Malaysia kot. Tak tau la pasal ape murah. Dulu yelah ada yang made in Philippines tapi kilang tu dah lama tutup. Yang made in Sri Lanka pun murah jugak. Kadang-kadang ada sale discount sehingga 10-20%. Lagi untung kami boleh tolak VAT. 

Ermmm...ape lagi ek? Rasanya setakat ini sajelah. Lain kali kalau ade lagi boleh tambah lagi. Kesimpulannya kehidupan aku di sini ok. Ape lagi yang kite nak kan? Macam yang aku tulis dalam entry yang lepas kalau nak cari salah memang boleh jumpa. Macamtulah jugak nak cari yang elok pun boleh jumpa. Pilihan terpulang pada kita nak terima sesuatu tu secara positif atau negatif. Kalau cari yang sempurna memang takkan jumpa. Sempurna hanya ada di syurga.

7 comments:

  1. Noritake murah? Kami dulu order hok sri lanka..org kata murah dr mesia..hentam je laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye...murah dari Msia.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Wow....kita maid indon pun dh mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini negara maid. Foreigner diplomats & expats je. Kerja-kerja buruh semua local yang buat. Rakyat dia ramai kot! Maid aku ni RM330 je sebulan. Murah giloss!

      Delete
  3. yan..mesti best kan dah merasa gi negara org...seronok baco pengalaman ko kek negaro org...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade best ade yang tak best jugak ziera....tapi bersyukur dengan peluang menimba pengalaman duduk di negara orang. Kalau tak, sampai bile-bile pun tak tau yang Malaysia tu lagi best!

      Delete