Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 12 August 2013

Aidilfitri-ku

Aidilfitri tahun ini kami di Manila. Meriah jugak di sini sebab embassy sini ramai. Tapi yang kelakarnye petang raya tu kami dah beria masak-masak sebab jamuan raya esok secara pot luck sekali malam tu dapat tahu yang Philippines raya hari Jumaat. Aku nak bawa kuah sayur lodeh atau lontong jadi hari rabu tu cuma potong-potong sayur je sebab esok pagi-pagi baru nak masak. Tapi yang nak bawa rendang dah siap masak rendang, yang nak bawa ketupat pun dah rebus ketupat. Paling kesian yang nak bawa soto yang dah plan nak mula masak soto malam raya berkira-kira bila nak mula masak sebab sampai ke pukul 10 malam takde keputusan lagi kami nak raya esok atau lusa.



Ada jiran hantar ketupat

Rendang,  satay, kuah kacang, ayam masak merah & daging masak kicap pun ade orang bagi. Murah rezeki kami. Alhamdulillah.

Lepas isyak suami ke Rumah Malaysia sebab orang lelaki nak bertakbir raya tapi majlis takbir ditukar jadi mesyuarat. Final
ly diorang decide hari khamis tu siapa nak puasa terpulanglah tapi sambutab hari raya officially hari jumaat di Rumah Malaysia.  Kami berdua decide taknak puasa sebab nak ikut Malaysia. Tak yakin dengan Muslim Authority sini. Bagi kami biar qada puasa dari berpuasa pada hari haram.

Suami balik dari meeting tu dah tengah malam. Sampai rumah sambung berbincang dengan aku pulak. Bersembang sampai ke subuh. Tau-tau dah azan. Kami bangun solat subuh sama-sama. Elok je selesai solat suami dapat text yg Philippines jadi pulak raya hari Khamis. Alasannya sebab Arab Saudi raya hari Khamis. Terus je la aku masuk dapur masak kuah lodeh. Sambil-sambil tu buat chocolate ganache untuk cake. Pukul 8.30 pagi kami pun ke Rumah Malaysia untuk solat hari raya.

Raya yang di-confirmkan pada pukul 4.45 am. Fuhhh! 

Walaupun semalaman tak tidur muke kene maintain segar. Raya la katekan...

Manila Ladies!
Balik rumah petang tu kami masing-masing terbongkang qada tidur. Itulah dia raya kami di Manila tahun ini.

SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN.

No comments:

Post a Comment