Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 29 July 2013

Mimpi

Seingat aku sejak bulan Ramadan ni dah 3 kali dapat mimpi yang sama. Waktu mimpi pun boleh dikatakan sama - waktu tido pagi atau lepas subuh. 

Mimpi tu keadaannya macamni: Aku kat sekolah/universiti/termpat berkursus. Lepas tu tempat tu berhantu. Kali pertama ada hantu masuk bilik asrama sekolah nak terkam aku dengan 3-4 orang yang aku rasa roomates tapi aku tak kenal. Orang lain lari sembunyi tapi aku nak jadi hero pi berdepan dengan hantu tu dengan berzikir "ALLAHUAKBAR". 

Kali kedua kat dalam dewan kuliah ade hantu tiba-tiba masuk. Semua orang menjerit-jerit takut tapi aku jerit "SUBHANALLAH" banyak kali sampai penat!

Kali ketiga (pagi tadi) aku kene pergi kursus masa kerja. Ade sorang budak India tiba-tiba histeria. Lepas tu berjangkit-jangkit. Aku je tak kena sebab aku melawan sebut "ASTAGHFIRULLAHALAZIM". Masa beristighfar tu suara aku terkuat sampai suami pun terjaga. Dia tanya u sebut ape? Mimpi ape?

Tiap kali mimpi macamtu akan rasa letih sangat nak keluarkan suara menyebut kalimah-kalimah tu. Dan setiap kali jugaklah aku mampu mengalahkan hantu-hantu tu dengan kalimah-kalimah tu. Tak taulah mimpi-mimpi ni ade makna ke tidak, kalau ada makna adakah baik atau buruk maknanya. 

Wallahualam.


2 comments:

  1. Saja baca entry lama-lama.. Dian, tanya ustaz darussyifa maksud mimpi... Nisa pernah rujuk juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lame nak pergi darussyifa tapi selalu tak sempat sebab biasenye diorang long que. kite pulak balik kejap-kejap.

      Delete