Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 25 June 2013

Singapore trip

Setelah hampir setahun tinggal di Manila inilah percutian pertama kami. My husband very busy kerja kat sini. Nak balik Malaysia pun payah. Dekat tapi busy pun tak dapat nak balik selalu jugak. Saya nak balik sorang tak tergamak. Hari tu dah try tinggalkan dia 10 hari tapi rasa tak best lah. 3 tahun dah pergi mana-mana berdua tiba-tiba sorang-sorang rasa pelik. Hidupku rasa tak lengkap!

 Berbalik kepada trip to Singapore. Kami di sana dari 23/5/2013 -27/5/2013. Singapore adalah sangat best! Kami stay kat Royal Plaza on Scotts. Sangat dekat dengan Orchard St. Tempat shoppingggg! Lagi best hotel ni owned by Bruneian jadi ianya muslim friendly. Makanan semuanya halal dan ade bidet dalam toilet.
The hotel
Flight kami pukul 7 pagi. Pukul 5 dah ke airport. Dalam flight saya tido sepanjang perjalanan. Sampai-sampai je kelaparan. Lepas check in terus jalan-jalan cari makan. Kali terakhir kami ke Singapore tahun 2010. Masa tu tak tau pun yang Singapore ni senang nak dapat makanan halal. Fast food pun halal rupenye. Kali ni punye trip pun sebenarnye tak tau. Dah lama tak travel pastu sebelum cuti tu saya busy sikit jadi terlupa nak study pasal Singapore. Nasib baik sekarang ade kawan yang pernah bekerja di Singapore. Dia lah yg bagitau fast food sana halal. Terus lapar KFC. Nikmatnye dapat makan KFC halal!



Mulai saat itu kami dapat merasakan percutian kali ni memang best sebab tak payah nak risau pasal makanan halal.
Lepas makan kami sambung mengukur jalan Orchard Rd. Kebetulan The Great Singapore sale dah nak mula (hujung bulan 5) sesetengah tempat dah mula buat pre-sale.

Esoknya kami ke Beach Rd mencari Sup Tulang Merah. Rupenye Beach Rd ni dekat dengan Arab St & Little India. Dah kenyang kami ke Mustafa Center di Little India untuk beli perfumes. Murah gilerrr! Malam kami dinner dia Newton food centre. Seafood galore! Kami jalan kaki je dari hotel tu. Dalam 1km macamtulah. Jalan pelan-pelan tak terasa jauh.

Esoknya kami dah mula tak tau nak buat ape. Hehe... jadi jalan-jalan cuci mata area dekat-dekat hotel je. Dah bosan keluar masuk shopping mall (duit pun dah susut masa ni) kami tahan teksi untuk ke Marina Bay Sand.

Louis Vuitton Island
Esoknya kami pergi wedding. Seorang kenalan kami di Manila ni anak perempuannya bertemu jodoh dengan lelaki Singapore.

Pasangan pengantin baru yang sama cantik, sama padan.


Family dari Manila teringin nak bergambar dengan pasangan pengantin lama. Hehe..

Inilah mak pengantin perempuan. Happy betul dia. Menyanyi lagu Aku Cinta Padamu.

Hari terakhir di Singapore. Flight kami pukul 6 petang lepas check out pukul 12 dari hotel kami terus ke airport. Changi Airport pun best. Perut kenyang makan nasi lemak ayam dan mata pun sejuk je sebab puas cuci mata dalam airport tu. ; p Kesimpulannya Singapore memang best. Lain kali nak balik Malaysia boleh la singgah lagi.

No comments:

Post a Comment