Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, 30 March 2013

Teman Pengganti


Kasut lama vs kasut baru



Kasut baru di kakiku

Kasut lama ni banyak berjasa dengan saya. Banyak tempat dia bawa saya berjalan. Cairo, Alex, Istanbul, Dubai, balik Malaysia, sampai nak pergi Manila pun dengan dia. Kirenye dia ni lebih kurang macam suami saya lah-pergi mana-mana dengan dia. Akhirnya masa kat Manila saya perasan dia dah koyak kat belah dalam. Kalau di lanyak lagi berlubang tembus ke permukaan luar. Maka selepas itu bermula pencarian kasut baru untuk menggantikan beliau.

Macam-macam jenis kasut saya cuba tapi tetap tak boleh lawan kasut lama. Kasut-kasut lain yang saya ada setakat pakai berjalan kejap-kejap boleh la. Pakai lama sikit mule lah sakit kaki. Ciri-ciri kasut yang layak menggantikan kasut lama ni ialah: selesa, cantik, tak bertali, takde button or buckle, mudah disarung dan ditanggal dan murah. Semua ciri-ciri tu ada pada kasut lama.

Selesa. Tak pernah menyakitkan kaki saya. Kasut ni kasut travel. Kami ni travel cara orang tak banyak duit berjalan. Selagi boleh jalan kaki kite redah. Jadi kasut yang selesa ni sangat penting. Tak seronok berjalan kalau kaki sakit.

Cantik. Ramai orang puji sampaikan stranger pun pernah tahan saya masa nak naik esculator tanye kasut ape.

Tak bertali, button & buckle, mudah di sarung & ditanggal. Ini penting kalau saya nk travel overseas. Masa nak lalu security kt airport sesetengah tempat akan suruh kita bukak kasut. Bayangkan kalau kite tengah rushing. Kan senang hidup kalau kasut kite jenis mudah?

Murah. Ini ciri yang paling mencabar sekali. Saya survey banyak dah kedai Clarks. Kalau kat Manila ni harga Clarks mencekik. Biasa yang jenis gini new arrival. Harga new arrival kadang-kadang tu ade yang dekat php7000. Lebih kurang rm600+! Saya belum mampu lagi nak pakai kasut harga gitu. Kasut lama ni saya beli masa Clarks sale kat Lamcy Plaza, Dubai. 60dirhams je. Lebih kurang RM 50 rate masa tu. Mana nak dapat kasut Clarks harga gitu??!?! Kasut baru tu tak la murah sangat tapi ok la tak mahal sangat jugak. Tak sampai RM200. Masa balik Malaysia hari tu kat Bata pun saya cari. Saya tak kisah pakai kasut murah asalkan selesa. Tapi kat Bata pun takde yang memenuhi ciri-ciri kasut lama ni.

Terima kasih kasut lama yang banyak berjasa. Tak sampai hati nak buang. Nak cari tempat yang boleh repair dia dulu. Kepada kasut baru, harap-harap sama hebat dengan kasut lama. Kasut ni kadang-kadang dah pakai banyak kali baru tau "true colour" dia. Suami saya bising sebab dah banyak kasut eksperimen yang saya beli untuk menggantikan kasut lama ni gagal. Jadi kasut baru, buktikan anda berbaloi dibeli ok!

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment