Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 27 March 2013

Manila dan Lahad Datu

Tiba-tiba hari ni rasa nak share pasal keadaan di Manila ni sejak perang di Lahad Datu. Alhamdulillah keadaan di sini tenang-tenang saja. Cuma kami berada dalam keadaan berjaga-jaga. Polis berjaga di hadapan dan belakang bangunan embassy setiap masa. Sepanjang tempoh ini ada dalam 3 kali demonstrasi dan tunjuk perasaan secara aman dijalankan di hadapan bangunan embassy. Kami juga dinasihatkan tidak keluar kemana-mana kalau tiada urusan penting. Elakkan pergi ke tempat-tempat tertentu yang dirasakan tidak selamat buat masa ini. Suami saya melarang saya keluar sendiri naik teksi. Sejak balik dari Malaysia hari tu saya pun belum pernah lagi drive seorang diri. Biasanya dengan dia. Sekali sekala ada juga keluar melepak dengan kawan-kawan tapi kawan-kawan datang ambil kat rumah.

Secara keseluruhannya buat masa ini kami di sini selamat. Isu ini tak berapa diendahkan sangat oleh orang Manila sebab muslim kaum minoriti di sini. Muslim pun ada pecahan lagi. Di kawasan kediaman Sultan Kiram di situ majoriti muslim tausug. Rupe-rupenye pembekal daging dan ayam halal yang kami duk beli tu kaum tausug. Awal-awal dulu risau jugak nak order ayam. Takut entah ape-ape pulak yang sampai. :p Saya difahamkan peniaga-peniaga muslim di Greenhills tempat saya selalu beli accessory bukan kaum tausug. Tak ingat pulak ape nama kaum tu dan mereka ni anti tausug. Jadi Greenhills tu masih selamat untuk saya kunjungi :) Muslim di sini terutamanya Tausug memang digeruni oleh orang kristian. Tausug ni memang terkenal dengan sifat pendendam dan pengganas. Saya pernah terbaca dalam paper yang satu keluarga muslim di Taguig (area rumah Sultan Kiram) di bunuh sebab ada kaitan dengan kes dadah. Ahli keluarga mangsa tak benarkan polis siasat kes ni. Sebabnya mereka nak balas dendam atas kematian ahli keluarga mereka. Dan penggal kepala memang style mereka.

Tapi bagi saya, tak semua tausug ni jahat macam tu. Contohnya pembekal daging halal tu lah. Jadi saya hanya perlu berhati-hati, ikut nasihat pihak kedutaan. Kalau tak perlu, tak payah keluar. InsyaAllah selamat. Hari tu ade dengar desas desus nak suruh family balik Malaysia tapi sekarang dah senyap. Saya ok aje. Disuruh balik, saya balik, Tapi kalau betul kene balik sebelum balik kene masak lauk banyak-banyak simpan stok dalam freezer untuk suami yang ditinggalkanlah!

p/s: Al Fatihah untuk anggota keselamatan yang terkorban semasa perang Lahat Datu. Praying for no more casualities dari pasukan kita.



6 comments:

  1. Assalmualaikum.. Alhamdulillaj dok browse browse terjumpa blog awak.. Saya nak tanya sikitlah mengenai keadaan Manilla.. Suami saya akan bekerja di Manilla from 2-11 April and saya plan nak join the second week (susah nak bawak anak anak semua sebab nanti kena ponteng sekolah) Cumanya saya x sure samada selamat tak kalau saya nak berjalan sorang sorang kat Manilla.. hubby tu kalau dah keje mmg the whole day kat opis.. Tu yang nak tanya pendapat you kalau ada advice.. Skarang masih dalam dilema samaada nak bawak anak bongsu yang berumur 2 tahun skali ke tak.. Anak anak yang lain tinggal ngan atok nenek kejap sebab sekolah..

    mintak tolong advice yer.. dah banyak kali nak booking tiket tapi risau..

    ReplyDelete
  2. Salam... Boleh saya tau nama awak. Which part of Manila yang suami awak akan bekerja?
    Setakat hari ni apa yang boleh saya katakan Manila ni masih selamat untuk dikunjungi. Nak berjalam sorang tu ok tapi kene berhati-hati lah.

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum Puan,
    Saya bersama beberapa rakan mahasiswa UMP akan ke Filipina Ogos ini,
    boleh kami tahu bagaimana keadaan di sana.. sebab kami akan menjalankan kajian projek tentang sisa pepejal di Filipina. Kami 10 org pelajar boleh dikatakan backpackers ke sana kerana tiada guiders. Antara kawasan yg akan kami pergi adalah Manila,Baguio City. Adakah selamat kawasan2 yg akan kami pergi nanti.mintak pandangan dari Puan adakah kawasan yg kami pergi itu selamat atau tidak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam

      Sebaiknya sila hubungi pegawai berkaitan di Wisma Putra untuk urusan ini.

      Delete
  4. owh okay tq..
    macam makanan halal kat sana susah x nak dapat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah jugak tapi ade. makanan arab, persian & indian biaseny.

      Delete