Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 28 March 2013

Long Weekend

Minggu ni holy week & long weekend di sini. Khamis-Ahad. Mourn Thursday, Good Friday, Black Saturday & Halalujah. Mourn Thursday kebanyakan kedai & shopping mall tutup. Good Friday semua tutup. Sabtu & Ahad bukak macam biasa (nasib baik). Semalam (Khamis) cume ada dua mall yang berhampiran Makati yang bukak. Salah satunye New Port Mall a.k.a Resort World. So boleh bayangkan betapa ramainya orang kat sana semalam. Kami pun same, join the race.huhu.. Kat sana ada Old Penang Restaurant owned by Malaysian. Ayam & daging halal. Kami makan nasi lemak.

Tarikan utama tempat tu sebenarnya Casino. Kedai- kedai tak banyak. Tapi ada cinema. Jadi kami pun rasa nak tengok GI Joe 3D. My first 3D movie. Jadi akak smlm peghak sket la. Dok sibuk mengelak time pedang melayang-layang.huhu!

Tapi yang lawaknye semalam boleh pulak wayang pun delay. Sebelum masuk kene beratur panjang sebab orang da lama tunggu. I'm not sure ini memang biasa atau semalam tu je. Tapi orang lain macam da biase sebab tiada siapa komplen. Lagi satu wayang kat sini bagi popcorn free. Tapi popcorn nye samada tasteless or masin. Sekian terima kasih je la. Bagi free tapi macam tak ikhlas je nak bagi.

Hari ni kami melangok je la kat rumah ni. Tengok wayang sendiri kat rumah. Banyak dah movie yang di download ni. Patut ramai orang kat embassy balik Malaysia sekarang ni. Ada cuti free yang panjang. Kami tak boleh la nak balik sebab saya kan baru balik Malaysia dua minggu lepas. Dulu ada plan nak ke Hong Kong masa ni tapi sebab saya nak balik Malaysia hari tu, duit pun dah habis buat bayar PTPTN masa balik hari tu jadinye kami terpaksalah duduk sini diam-diam.



Nasi lemak rendang daging


Acik pertamo kali meraso pakai spek 3D ni.hehehe...



Beratur sebelum masuk panggung

Selamat berhujung minggu!

No comments:

Post a Comment