Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 19 March 2013

10 Hari

Pertama kali meninggalkan suami seorang diri di perantauan. Saya balik kampung sorang-sorang selama 10 hari. Masa book tiket rasa lamanya balik 10 hari. Macam-macam plan ada dalam kepala. Nak pergi sana, nak pergi sini, nak makan itu, nak makan ini. Nak jumpe orang tu, nak jumpe orang ni. Nak beli itu, nak beli ini. Tapi bila sampai Malaysia semua tu tinggal plan je. Balik sorang ingatkan senang hati bebas ke sana ke mari tapi sebaliknya susah hati teringat suami yang ditinggal sendiri. Makan ape lah dia hari ni? Kita pun jadi malas nak berseronok di Malaysia. Nak makan itu ini pun tak sampai hati teringat kalau dia ada ni, sure dia makan banyak. Nak shopping itu ini pun takut duk fikir kalau beli sekarang cukup ke duit aku bawa balik ni untuk dibelanja selama 10 hari? Kang buatnye ade emergency ape-ape. Kereta rosak ke, family member sakit ke... Kalau balik dengan suami kite nak ape-ape dia bg green light tu on je la...pasal kewangan dia yang fikir. Lagipun nak bershopping pun sorang-sorang memang turn off nafsu shopping.Nak keluar melepak dengan kawan-kawan yang kebanyakannya dah jadi orang Keyell rasa malas sangat nak drive sorang-sorang. Saya balik Malaysia jadi orang Kolopilah terasa jauhnye la Keyell tu bila drive sorang dari Kolopilah! Dan diorang sume pun wanita bekerjaya kalau nak jumpe pun during lunch hour. Pastinye tak puas. Nak jumpe lepas habis kerja macam dah lewat sangat. Kang pukul berapa pulak saya nak drive balik ke Kolopilah?

Lagipun kat rumah mak saya ada baby baru. Adik saya baru bersalin anak kedua. Anak sulung dia baru 1 tahun 8 bulan. Mak saya masak, saya tolong jaga budak. Jadi saya agak sibuk di rumah sampai malas nak keluar.

Masa nak balik ke Malaysia saya sedih tinggal suami. Masa nak balik ke Filipina saya rasa sedih tinggalkan family. Inilah hidup saya...




Yang pasti pagi ni Maklong rindu nak cium bau masham Kakacha dan menyakat dia sampai terjerit menangis. Maklong nak tinggal lagi lama dengan Kakacha tapi susah pulak hati Maklong tinggalkan Paklong lamo-lamo kek Manila.

4 comments:

  1. woit..bila hang balik sini tak habaq...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habaq pun no point kalo xbole jumpe hang...hang kategori wanita bkerjaya yang susah nak dapat jumpe. Jumpe kejap-kejap kang tak puas pulak. Aku dah selamat sampai Manila malam tadi.

      Delete
  2. Replies
    1. InsyaAllah bulan 5 balik lagi. Hari tu baik dapat jumpe Akmar itupun sebab nak bagi shawls dia kirim dari saya.

      Delete