Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 18 February 2013

Taktik

Harus diakui saya jenis cuai orangnye. Pelupa pun iye. Sampai sekarang saya tak ingat no handphone sendiri, no handphone suami, no telefon rumah. Lagi parah password pun saya selalu lupa. Satu-satunya password yang saya hafal ialah password acc cimbcliks. Tu pun sejak tak bekerja ni dah jarang sangat log in, kadang-kadang boleh lupa jugak! Yang lain-lain memang kirim salam! Allah Maha Adil sebab dia berikan saya pasangan hidup yang opposite dengan saya. Suami saya sangatlah sharp orangnye. Dia ingat semua walaupun benda-benda kecik  dan well organised. Dia bukan setakat ingat password acc bank, no akaun yang berbelas digit tu pun dia hafal! Awal-awal kahwin saya selalu kena marah pasal perangai pelupa ni. Jadi lama-lama saya pun berubah sikit-sikit macam dia. Tapi kadang-kadang tu ada jugak saya terlupa. Cuma sekarang dah makin pandai nak cover sebelum kene marah dengan suami ;p

Semalam suami saya tanya, baper baki hutang PTPTN u? saya dah terdiam sebab saya tak tau langsung berapa sebenarnye sebab bakinya akan berubah setiap bulan bergantung kepada kos pentadbiran yang dikenakan. Hujung tahun lepas saya cuba semak secara online tapi website PTPTN tengah dalam penyelenggaraan lah pulak! Masa tu suami tanya saya boleh la jawab tak boleh nak semak sebab website tak boleh bukak. Saya pun lepas tu lupa nak cek lagi. A few weeks later dia tanya lagi. Masa tu jugak try cek tapi website tu masih belum boleh masuk lagi. Tapi malam tadi dia tanya masa kami dalam kereta, saya dah alamak...aku lupe lagi nak cek! Tapi tak berani nak jawab lupa. Tapi boleh la bagi anggaran sebab kali terakhir buat bayaran kita tau roughly berapa baki. Jadi saya bagi la anggaran yang saya rasa logik tapi lebihkan sikit (supaya nanti bila dah dapat jumlah sebenar, suami akan rasa lega sebab jumlah tu kurang dari jumlah anggaran) dalam pada tu buat mental note, ESOK PAGI-PAGI CALL PTPTN UNTUK DAPATKAN EXACT AMOUNT. Jadi saya dah call tadi dan teramatlah leganya hati bila jumlah baki hutang jauh lebih rendah dari anggaran saya semalam. Kalau bayar bulan depan layak dapat 20% diskaun. Sure suami senyum meleret nanti.

2 comments:

  1. Alhamdulillah I've settled my PTPTN a couple of years ago. Guna duit kat akaun 2 KWSP. Terasa saaaaaaaaaaaaaaangat lega walaupun duit kat kwsp tu jadi zero hahaha.

    ReplyDelete
  2. Aku tak layak keluarkan KWSP lagi. Pastu sekarang ade diskaun jadi aku plan nak keluarkan duit ASB untuk setelkan. Nak cepat2 merdeka dr PTPTN!!!

    ReplyDelete