Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 13 February 2013

Kisah Cinta & Rosas

Rosas bermaksud bunga ros. Di sini sambutan Valentine's Day memang meriah. Tapi kami tak sambut. Sana-sini orang jual bunga. Lupa pulak nak cek harga fresh flower hari ni mahal ke murah agaknye. Kalau murah patut juga dibeli buat hiasan rumah. Radio pun sepanjang hari memainkan lagu-lagu romantik je.

kalau dapat hiasa rumah dengan jambangan bunga macamni kan cantik rumah kita?

Tadi saya drive sambil dengar radio. Sempena hari Valentine DJ beri peluang kepada pemanggil untuk cerita pengalaman Hari Kekasih masing-masing. Jalan super jem jadi banyak la kisah yang sempat saya dengar. Ada yang propose, bertunang, berkahwin masa Valentine's Day macam-macam la. Tapi ada satu kisah yang paling menarik saya rasa. 

Kisahnya ada seorang pemanggil perempuan ni dia cerita dia berkahwin selama 46 tahun. Suami dah meninggal 2 tahun lepas. Setiap kali bila tiba Valentine's Day sepanjang tempoh mereka berkahwin suami dia akan hadiahkan dia sejambak bunga. Jadi kali pertama Valentine's Day selepas suami dia meninggal iaitu 10 bulan lepas suami dia meninggal, dia rasa sedih dan rindu sangat dengan suami dia. Tapi tiba-tiba dia terima sejambak bunga ros dari suami dia pada hari tu. Dia marah dan sedih lalu call kedai bunga bagitau yang diorang tersilap hantar bunga. Tapi dia terkejut bila orang kat kedai bunga tu bagitau yang diorang tak silap. Memang suami dia yang order bunga tu untuk dia. Rupa-rupanya suami dia dah prepaid sejambak bunga untuk dihantar kepada dia tiap-tiap tahun pada Valentine's Day untuk selama bertahun-tahun lagi bagi memastikan dia terima bunga macam tahun-tahun sebelum ni. Alah, sedihnye! So sweet!

2 comments:

  1. Akhirnya aku dpt baca balik coretan jari ko dian! :) Crita tu mengingatkan aku kat short story yg aku post kat fb mlm td. Psl friendship. Best friend dia sediakan hadiah bday utk tahun2 kehadapan yg dia xleh nk bg sendiri sbb dia dh berada di alam lain :(

    cupidz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sebab sudi baca blog aku ni Sal. Sedih kan cerita2 macamni? :(

      Delete