Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, 27 January 2013

Friendship isn't about whom you have known the longest It's about who came, and never left your side

Dalam banyak-banyak destinasi pelancongan popular dalam dunia ni kawan-kawan memilih untuk datang ke Manila sebab saya. Hanya bestfriends yang sanggup buat macamtu kan? Datang bukan dengan tangan kosong pulak tu. Mereka bawa macam-macam makanan dari Malaysia. All FREE OF CHARGE!

Depan rumah. Bawa mak, bawa adik, bawa suami, bawa anak.

Meriah kejap rumah ni masa diorang ada sini. Pagi-pagi yang mak-mak tu dah masuk dapur sediakan sarapan. Lepas diorang balik terasa betul kosongnya dapur sempit saya tu.

Dimok & Bimok. Hantar Hani sekeluarga check in hotel yang dekat dengan rumah saya. Pagi-pagi diorang tolak stroller pergi rumah saya.

geram betul dengan budak Micha ni rasa nak kunyah-kunyah! Tak nak dipegang.


beautiful family. Ingat senang ke nak travel dengan budak kecik ni?


Malam pertama terpaksa dinner kat luar. Letih berjalan, mana larat nak balik masak.

Esoknya saya tak join mereka berjalan ke Tagaytay sebab ada hal lain. Sebab takde makanan halal kat sana jadi mereka bawa bekal nasi lemak dari rumah. Mereka balik dari Tagaytay bawa setandan pisang! Mak-mak buat lepat pisang dan cekodok pisang untuk breakfast.


Mereka semua di Luneta Park aka Rizal Park. Tugu negara Filipina.


Hari ketiga saya tak join jugak. Jadi saya masak siap-siap so bila mereka sampai rumah, makanan dah ada. Hari keempat baru saya join mereka shopping. Makan tengah hari di restoran halal sebelah masjid. Malam makan kat rumah je. Masak ringkas-ringkas tapi seronok dapat makan ramai-ramai.

Now rumah dah kosong semula. Back to normal routine.




No comments:

Post a Comment