Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, 22 December 2012

Itu ini situ sini

Hallloooooo!!!

2012 dah nak sampai ke penghujung. Laju sungguh 2012 ni! Tau-tau je dah December. Macam-macam hal 2012 ni. Kami dari Afrika kini di Asia. Kawan-kawan, sedara mara ramai yang berkahwin tahun ni. Tahun ni paling ramai dengar orang mengandung! I stress jugak la. Tahun depan sambut anak buah baru 2 orang. Adik-adik I ada 2 orang yang mengandung. Alhamdulillah..bertambah cucu mak I. Happy la dia. Aku macamni jugak la lagi. Takpe la, kita ni manusia, manusia memang takkan dapat semua yang kita nak. Redha dan bersyukur saja dengan apa yang ada ni. Allah knows best. Kalau ade rezeki, ade la nanti tu. Malas nak sambung treatment sebab doctor kata aku ok, normal, takde masalah untuk mengandung. Jadi kite usaha naturally je la. Lagipun bile kite pergi treatment automatik kite akan mengharap. Hari-hari tengok kalender kire hari bile patut period. Bile tibe harinye tak period-period jugak. Bertambah lagi harapan. Tapi 2 hari kemudian period pulak! Sedihnyeeee...lepas tu mula la otak fikir yang bukan-bukan. Dalam kereta nampak sekeluarga homeless, ade anak kecik aku boleh cakap kat suami tengok tu orang takde rumah pun boleh ade anak. Bile masa la diorang ni buat anak? Astaghfirullahalazim! Sepanjang 3 tahun lebih berkahwin tak pernah ada rasa macam ni. Jadi aku buat keputusan taknak la teruskan treatment tu. Selama ni hidup aman damai je. Hidup berdua dengan suami pun dah happy Alhamdulillah. Tapi kalau di masa depan Allah nak beri anak, tu kira bonus. Alhamdulillah. Kami sentiasa rasa cukup dan bersyukur dengan apa yang kami ada. Kami takde masalah tapi orang lain yang selalu rasa kami tak cukup dan ada masalah dengan kami yang takde anak ni. why la? Sindir, perli, soalan-soalan tu semua dah cukup lali dah telinga ni. "Rumah besar, bilik besar-besar tapi takde anak. Rugi...rugi!"  bile jengah dapur nampak pulak telur rebus, "ooohhh...suke makan telur, tapi apasal sampai sekarang tak mengandung?!" adooiii la mokcik, guano nak goyak ko mokcik ni? mokcik tu tuo dohhh tapi apsal mokcik tak mati-mati lagi? buleh ko mokcik jawab soale ambo ni mokcik? Tapi mak aku tak pernah ajar aku biadap macamtu, jadi soalan tu tanye dalam hati je la. 

Anyway, sini tengah hangat suasana krismas. Sebulan ni diorang berparti. Lampu-lampu hiasan pun meriah. Tapi heran krismas sale diorang ni tak segah yang dijangka. Malaysia punye krismas sale lagi gah kot. Sale tu ade tapi macam tak bersungguh nak buat sale. Kene rajin survey baru tau ade sale. Agaknya sebab rakyat dia ramai. 10% dari rakyat memang orang kaya. Jadi tak perlu nak buat sale beria untuk suruh rakyat dia shopping. Takde sale pun shopping mall sesak jugak. Yang kurang mampu sila shopping dekat bazar. Bazar pulak dekat-dekat krismas ni memang banyak betul. Awal-awal dulu saya rajin jugak keluar dengan kawan-kawan tapi sekarang tidak lagi sebabnya stress rasa keluar ramai-ramai tapi saya sorang je yang shopping. Padahal diorang jugak yang mengajak. Terasa pulak macam boros sangat ke aku ni? Orang lain relax je tak membeli. Tapi ni less 70% bile lagi kan? Hehehe...Sekarang ni saya keluar sorang-sorang je sebab lagi mudah. Kadang-kadang tetibe je ade orang whatapps, "Yan, ko buatpe tu? Jom kite pergi Rockwell". "xde ape kak. Nak cari ape kat Rockwell?" "Saje je jalan-jalan cuci mata" "Ohh..malasla kak kalau  nak keluar takde hala tuju ni. Kang ko memang betul cuci mata, aku yang tak bole tahan pulak terbeli macam-macam"  Pernah ade sekali tu terpaksa keluar jugak sebab aktiviti Perwakilan, disebabkan takut tershopping saya sengaja tinggalkan duit kat rumah. Bawa  duit cukup-cukup untuk makan je. Saya kalau dah takde duit takde la nak membeli. Now baru tau kawan tu jenis membeli barang mahal je. Yang biasa-biasa memang dia tengok-tengok je. Kalau kasut aku beli Clarks yang discounted, dia akan beli Tory Burch. Baru-baru ni kami lepak sama-sama member tetiba tayang handbag baru. LV Speedy 30 Bandouliere. Kalau aku memang tak la nak beli kat sini. Lepas tolak VAT pun masih mahal dari harga kat Malaysia. Tapi dia selambe je!

Last week my SIL datang sini satu family. Mestilah saya yang kene layan diorang, bawa jalan-jalan shopping sume. Tapi diorang ni jenis cermat berbelanja. Aku pulak yang over nampaknye!huhu...

Kat Greenhills. Dah lama tak ke sana. Ada banyak barang baru!
Kat Intramuros. First time sampai sini.  

Hari Sabtu last week kami ada pesta makan durian di Rumah Malaysia. Durian dari Davao. Memang puas la makan. Berbakul-bakul. Siap boleh tapau bawa balik buat tempoyak lagi!

Ini baru suku.

muke-muke kekenyangan durian.

Datin duta dulu suka bercucuk tanam. Keliling Rumah Malaysia penuh dengan macam-macam pokok. Aku kuti pucuk ubi, pucuk kaduk, pucuk kunyit campur dengan petai dari Malaysia SIL bawa maka terhasillah gulai tempoyak daun kayu. MasyaAllah sedapnye!

Tetiba lapar nasi pulak. Tempoyak daun kayu masih ade dalam peti ais. Ok, terpaksa stop sini, nak makannnnnn!!!

No comments:

Post a Comment