Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 18 June 2010

weekend on friday

Sini public holiday Friday and Saturday (for government). So the other half ade kat rumah the whole day. Pagi-pagi Bob dah amik kami untuk breakfast di Ozone. Saje je nak breakfast style mat saleh. Kami makan sandwic. Pastu kami pusing-pusing Khartoum. My husband drive untuk familiar dengan jalan. Hari Jumaat hr yang sesuai untuk belajar jalan sebab jalan tak sesak. Tapi saye lupe nak bawa kamera sebab ade gak tempat-tempat menarik untuk bergambar tadi. Takpe, esok kami nak keluar lagi, nanti saye bw kamera. Dekat-dekat nak solat Jumaat, kami balik rumah. Saya terus mula masak for lunch while my husband and Bob pergi solat. Masjid dekat je ngn rumah so diorang pergi jalan kaki. Mase ni saye terfikir, diorang ni nanti imam bace khutbah faham ke? Confirmla dalam bahasa Arab kan? Mase lunch saye tanye Bob, die kate hukumnye dengar sahaja bukannye faham. Ok... bab2 agama ni Bob ok sebab die dulu belajar sekolah pondok. Dia pun boleh cakap Arab.

Menu saya hari ni ayam masak lemak cili padi dan sambal tumis udang. Perghhh... berselera betul saya makan! Bob apetah lagi kan? Bertambah- tambah. Memang berbaloi memasak! Kat sini saya lagi suka memasak sendiri daripada makan kat luar. Sebab yang pertama, selera kami tak berapa kena dengan makanan kat kedai-kedai tu. Yang kedua, en suami tak dapat elaun lagi, so kene la berjimat cermat buat masa ni. Saye pun tahan je la dulu ape-ape yang saye terlintas nak beli buat mase ni. Buat mase ni, kami banyak bergantung dengan bahan-bahan memasak yang kami bawa sikit dari Malaysia hari tu dan peninggalan Azam kat rumah ni. Harap-harapnye cukup la sehingga kontena kami sampai.

Perancangannya, petang kami nak sambung berjalan lagi. Tapi diorang dah terleka tengok bola dan saye pulak asik online je, terus tak jadi keluar. Lagipun, kat sini keluar hari Jumaat tak best sebab banyak tempat tutup. Tak tau nak pergi mane. So esok je la.

2 comments:

  1. lopeh ni ado gambar,Mon. Tadi da snap da.nanti upload.

    ReplyDelete