Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, 20 June 2010

Mimpi

Orang kate mimpi ialah perkara-perkara yang kite selalu fikirkan dan terbawa-bawa dalam tidur. Bagi saye, saye boleh termimpikan perkara-perkara yang kadang-kadang tu cume terlintas sekali lalu je kat fikiran. Biasenye lepas terfikir akan terlupa tapi ia akan menjelma semasa tidur sebagai mimpi. Sejak sampai sini saye selalu termimpikan tentang:

  • keluarga saya. Kadang-kadang yang dah arwah pun saye termimpi-mimpikan jugak. Memang mereka semua sentiasa ada dalam hati, fikiran dan doa saya. Saya juga rindukan telatah anak-anak sedara saya. Biase weekend selalu pergi rumah diorang. Memang menghiburkan!
  • kawan-kawan saye. Macam flashback mase-mase melepak, gelak-gelak dengan diorang. Walau pun tak berjumpa, tapi kami sentiasa berhubung melalui internet. Mereka masih update saye aktiviti-aktiviti mereka. Kadang-kadang saye mimpi join sekali dalam aktiviti diorang tu.
  • hujan. Ini paling best, hujan lebat mase tengah tidur, time dah nak dekat subuh! Memang nikmat. sejuk je... malas je nak bangun. Rindu pada hujan. Kat Malaysia,panas terik gak tapi petang hujan lebat.

Tapi...saye tak pernah mimpi pasal kerja, office dan boss. Hahaha...nampak sangat tak pernah terlintas pun pasal 3 benda tu di fikiran saya! Yeay... saye suke kehidupan saye sekarang, less stress.

2 comments:

  1. wa...bestnya dian.....
    aku lak asyik mimpi ngeri je kat bppa ni...hahaha...tapi, ada aku kesah......peduli!!!

    ReplyDelete