Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 12 May 2010

Warisan Anak Kecil Menara Bangsa

Lagu-lagu patriotik yang puitis liriknya dan menyentuh hati. Marikita sama-sama hayati bait-bait lagu-lagu ini untuk memupuk jati diri.

Lagu Menara Bangsa ni saya belajar mase di BTN. Liriknya indah dan banyak maksud tersirat. Menceritakan harapan bangsa. Tiada sengketa. Semua impian dan cita-cita bangsa dah tercapai.

Menara Bangsa

Suria muncul di pagi hari. Kita bangun sederap kaki. Menara Bangsa akan kita bina. Perkasa tiada rebah lagi. Mentari sudah ada di sini. Pasti bersinar seribu tahun lagi. Biar berhembus angin sangka kala. Malam pasti tiada datang. Kita tiada perlu tidur. Kerna mimpi ada di depan mata. Peluh jernih meniti di bibir. Air mata jadi milik semua. Rimba akan terus hijau. Unggas riang ria berkicau. Air jernih meriak di sungai. Udara nyaman tenang di rongga. Darah kembali berharga. Merah buat penyeri muka. Senyum akan terus meniti di bibir. Kasih sayang jadi milik kita semua. Kita bebas terbang laksana burung. Terikat hanya di tali CINTA.


Lagu Anak Kecil Main Api antara lagu patriotik paling awal yang saya tahu. Lagu ni ade nilai sentimental pada saya sebab lagu ni arwah bapak saya yang ajar. Arwah ni aktif berpolitik. Mase tu ade perhimpunan agung UMNO rasenye. Mase tu kecik-kecik mane lah tau nak menghayati lirik lagu ni kan. Tapi dah besar ni memang sayu hati bile menyayikan semula.

Anak Kecil Main Api

Anak kecil main api, Terbakar hatinya yang sepi. Air mata darah bercampur keringat. Bumi di pijak milik orang. Nenek moyang kaya raya. Tergadai seluruh harta benda. Akibat sengketa sesamalah kita. Cinta lenyap di arus zaman. Indahnya bumi kita ini. Warisan berkurun selamanya. Hasil mengalir ke tangan yang lain. Pribumi merintih sendiri. Masa depan sungguh kelam. Kan lenyap peristiwa semalam. Tertutuplah hati terkunci mati. Maruah pribadi dah hilang. Kini kita cuma tinggal kuasa. Yang akan menentukan bangsa. Bersatulah hati, bersama berbakti. Pulih kembali harga diri. Kita sudah tiada masa. Majulah dengan maha perkasa. Janganlah terlalai, teruskan usaha. Melayu kan gagah di Nusantara.



This is one of my favourite. Suke sebab melodinya sedap. Lirik lebih mudah difahami.

WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta. Yang murni, abadi, sejati. Di sini tersemai cita-cita. Bercambah menjadi warisan. Andai ku terbuang tak diterima. Andai aku disingkirkan. Kemana harus ku bawakan, kemana harusku semaikan cinta ini. Betapa di bumi ini kumelangkah. Ke utara, selatan, timur dan barat kujejaki. Aku bukanlah seorang perwira. Gagah menghunus senjata. Namun hati rela berjuang walau dengan cara sendiri. Demi cinta ini. Kuingin kotakan seribu janji sepanjang kedewasaan ini. Kuingin sampaikan pesanan. AKULAH PENYAMBUNG WARISAN.

1 comment:

  1. Warisan pun lagu patriotik feveret den sbb lirik yg mudah utk dihafal serta melodi yang ringkas tetapi sgt terkesan di hati...

    ReplyDelete