Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 18 May 2010

Plain and boring me.

My new life routine as a full time housewife biase2 je. just plain and boring me. Bangun pagi prepare breakfast, iron baju keje suami. Lepas dia pergi kerja saye buat la ape2 yang patut. Laundry, kemas2 rumah, tgk tv, baca novel, surf internet then masak utk lunch. Lepas lunch angkat baju, lipat depan tv, setel, duduk cantek-cantek tunggu suami pulang! :p Dah 2 minggu dah mcmtu. Owh, lupe plak, kadang2 sempat gak tido siang lepas lunch tu. Kesannya, malam time husband da tertido depan tv saye masih terkulat-kulat lagi. Sampai la ntah pukul baper, jeles siot dgr dengkuran die! Mata ni tak ngantuk2. Agaknye sebab dah takde masalah yang nak dipikirkan. Otak ni siang-siang hari dah tak payah nak berfikir berat-berat macam orang bekerja kat pejabat kan. kalau mase kerja hari tu, balik je rase penat sangat. Lebih penat bile memikirkan nak kene masak pulak. Sekarang sumenye setel sebelum pukul 8 malam. Bakul baju kotor kosong je.

Tapi hari ni lain sket. Lepas breakfast, basuh baju dan sambil-sambil tu online. Pastu mandi2, bersiap nak kuar, dah janji ngan kawan nak keluar lunch. Pastu singgah ofis jap jumpe member2..lepak2 gossip... boss takde kan... itu je. tapi cukup mengujakan sebab boleh melaram, pakai mekap, feeling2 cantek sebab dapat keluar rumah dan berjumpe kawan2!

Moral of the story, kawan-kawan yang sedang bekerja tu. Enjoy la mase-mase anda yang terisi dengan segala aktiviti-aktiviti produktif tu. At least pergi kerja boleh melaram, jumpe kawan-kawan. Note to myself: time keje ko sebok nak cuti, time dah cuti ni ko bising plak bosan!

Macamane la kat sane nanti? Harus saye mati kutu. Nak keluar pun tak tau nak pergi mane kan? Mesti kene cari hobby.

6 comments:

  1. belajar mengait sulaman...

    ReplyDelete
  2. emon, den minat nak belajar masak.

    ReplyDelete
  3. ok gak...sok kek sinun (Sudan) ko leh amik tempahan mkn2 utk majlis2 rasmi yg melibatkan rkyt M'sia...

    ReplyDelete
  4. beul tu. kat sano den mmg kono masak2 utk org msia dtg2 umah. Sb tu nak belajar masak.

    ReplyDelete
  5. duduk rumah lama2 mcm bosan kan? i if w/ends sure comot je. ada once i pakai dress, laki tanya nk pegi mana!! anyway enjoy ur free time, at least kepala rasa ringan. keje ni mcm stress walau asyik berfb jek :P

    ReplyDelete
  6. mule-mule mmg bosan kak kay. lame-lame da bole terima dah. mmg kepala rasa ringan.selera makan pun kurang. saya baru realise yang saya akan makan banyak bile stress sb banyak keje or bende nak kene fikir. time rilek macam ni tak rase lapar pun.

    ReplyDelete