Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, 30 May 2010

Harimau mati meninggalkan belang...

Terkejut sangat bile terbaca kisah seorang PTD meninggal dunia semasa kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA). Kursus selama 6 bulan ni adalah salah satu syarat pengesahan jawatan bagi kami sebagai PTD. Semasa saya melalui kursus ni, saya selalu kuat kan semangat dengan pujuk hati cakap: Rilek la, kalau orang lain sebelum-sebelum ni boleh buat, aku mesti boleh buat jugak. Layan je semua ni, buat je ape yang diarahkan buat, dalam sejarah DPA BELUM ADE ORANG MATI. Tapi sekarang dah tak boleh dah nak cakap macam tu. Semasa berkursus ni, kami diberi pendedahan selama seminggu di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram, Johor, Maktab Latihan BOMBA kat Selangor, Maktab Latihan Polis di Cheras dan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Perak dan Outward Bound School (OBS) di Lumut, Perak. Itu di antara modul-modul luarnye lah. Modul-modul lain diajar di INTAN je.

Seronok bile dikenangkan sebab pengalaman tu sangat berharga dan tak mungkin saye dapat kalau tak menyertai PTD. Masa kursus ni lah saye berpeluang menembak, tinggal di kem, masuk hutan macam askar, padamkan api tumpahan minyak, merangkak dalam sewer, berkayak keliling pangkor, panjat gunung panti, merasa jadi polis hutan etc..Tapi bile ade kejadian macam ni, pada pendapat saye pihak yang berkenaan perlu melihat semula kesesuaian modul- modul luar yang perlu dilalui oleh PTD. Mungkin satu kajian perlu dibuat tentang tahap kesihatan peserta DPA dan kesesuaian latihan-latihan fizikal yang perlu dilalui nanti. Saya difahamkan, untuk batch yang sedang menjaani kursus ni sekarang, mereka dah tak da modul OBS dan OBS telah digantikan dengan latihan di PASKAU (Pasukan Khas Udara).

Al Fatihah kepada arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Kepada junior-junior PTD, jangan serik berkursus DPA, bile you all habis DPA nanti dan berkerja semula, you all akan tahu betapa manfaatnya segala ilmu dan pengalaman yang kite dapat masa kursus tu, mase tu kite akan cakap kat orang or diri sendiri "nasib baik aku dah pergi DPA"


5 comments:

  1. Innalillah...ajal maut tak mengira masa @ tempat...

    ReplyDelete
  2. sbb tu maleh nk apply PTD.. bleyy??

    ReplyDelete
  3. Lazyf: Betul tu.. kita yang hidup ni perlu ambil iktibar daripada kejadian tu.

    Kak Ninie: Kalo dah ade keje steady skg, tak payah la apply PTD, sekarang intake baru contract 3 tahun dulu baru dipertimbangkan utk diserap tetap. Dalam tempoh 3 tahun banyak kursus kena pergi. Lagipun, apply sekali belum tentu terus dapat.

    ReplyDelete
  4. tapi kalau sampai kena tinggal solat, bercampur bebas lelaki dan wanita, apa jadi? asas tamadun tu ialah hati. imannya.
    saya tetap dgn prinsip islam, kita tak boleh tinggalkan akhirat kerana dunia. kita pegi DPA, kita keje, semua nikmat kita dpt, semua Allah yg kasi. kalau tak bersyukur, senang2 tinggal solat sebab kononnya tgh latihan perang, apa maksudnya?
    lu fikirlah sendiri..

    ReplyDelete
  5. anon: bernas pendapat u tu. Tapi sepanjang saya menjalani latihan, soal solat mmg amat dititkberatkan. Dalam hutan pun kami solat.

    ReplyDelete