Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, 9 May 2010

Catatan Sedih di Hari Ibu

Hari Ibu tahun ni agak sedih sebab mak saye kurang sihat. Saya sangat risau! Mak..cepatla sembuh.

Mak orang yang paling saya sayang dalam dunia ni. Terlalu banyak pengorbanan dia untuk kami lima beradik. Lepas arwah bapa meninggal 20 tahun lepas, dia la tulang belakang keluarga kami. Masa tu umur saya baru 9 tahun. Mak sedang pregnant 2 bulan adik bongsu. Arwah bapa meninggal mengejut. Kemalangan. Mak suri rumah. Dapat tak bayangkan perasaan dia mase tu?

Mak buat keje macam-macam untuk besarkan kami. Operator kilang, pembantu kedai, pembantu gerai, dan alhamdulillah sekarang ni mak ade gerai sendiri di Hutan Rekreasi Ulu Bendul. Dekat ngn rumah kami sekarang. Mak berniaga setiap hujung minggu dan cuti sekolah je. Kalo hari lain orang tak ramai. Gerai tu kami usahakan sama-sama. dulu mase belum kawen,tiap-tiap minggu saya balik tolong mak berniaga. Saye akan balik rumah hari jumaat lepas kerja, weekend tolong berniaga, isnin pagi merempit ke pergi kerja di Putrajaya. Penat memang penat tapi berbaloi dengan keuntungan berniaga sendiri. Saye ade gerai burger sendiri mase tu. Best jual burger ni. Laku! Maunye tak, awek yang buat burger mesti la laris! =) Lepas la bayar duit kereta saya tiap-tiap bulan.Sekarang dah kawen, giliran adik-adik saye pulak tolong mak berniaga. Gerai burger tu pun saye da turunkan kepada adik saye sebagai pusake.hehehe. Mase mula-mula berniaga kat gerai tu dulu, kami cume jual air sirap, air oren dan jajan-jajan je. Pastu kami jual makanan ringan goreng-goreng (pisang goreng, ubi goreng, nugget, bebola dll) sekarang dah ade macam-macam, burger, buah potong, pelampung etc. Alhamdulillah, rezeki anak yatim ni murah, hasil bernaiga kecil-kecilan selama 5 tahun ni, mak dapat beli 2 buah kereta. Satu kereta terpakai untuk berniaga, satu lagi kereta baru untuk berjalan-jalan.

Tapi hari ni mak tak larat pergi berniaga. Hanya adik-adik je yang pergi. saya memasak di rumah untuk mak dan lepas tu hantar ke gerai untuk santapan tengah hari adik-adik saye. Saya doakan mak cepat sembuh dan dapat berniaga semula. Walaupun kalau ikutkan sekarang mak tak perlu susah-susah nak cari duit lagi, tapi mak sayangkan gerai tu sebab banyak jasanya pada kami sekeluaga. Mak akan happy mase kira untung lepas penat berniaga. Penat mak hilang tgk duit hasil berniaga. Mak kate, ade gerai ni baru la dapat tengok duit banyak! Biarlah, kalau itu boleh menggembirakan hati mak, kami adik- beradik ikutkan aje. Bagus gak ade gerai tu, adik-adik dapat belajar cari duit sendiri. Tau macamane susah nak dapat duit. Mereka akan lebih menghargai duit.

5 comments:

  1. berniaga walaupun memenatkan tp kepuasan yg diperolehi sukar digambarkan dgn kata2...

    ReplyDelete
  2. dian, terharunya.. berkat betul bisnes mak awak. akak doakan mak awak cepat sembuh!

    ReplyDelete
  3. Emon: memang betul.rindu plak nak berniaga laie.

    Kak Yulie: tq kak, saye pun doakan bisnes cake akak akan berkembang maju.

    ReplyDelete
  4. smg mak cpt sembuh lah yek...

    ReplyDelete