Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 29 April 2010

Tazkirah Pagi Jumaat

Pagi tadi sambil kami bersiap-siap nak pergi kerja sempat kami mendengar tazkirah kat MHI tu. tapi tak ingat la pulak nama ustaz tu. Tazkirah tu pun dah separuh jalan so saya tak sure tajuk sebenar tazkirah pagi tadi. Tapi dari apa yang saya dengar tazkirah tu pasal kekeluargaan. Saya dan suami tertarik nak dengar lebih teliti bila ada seorang caller ni (perempuan) dia bagitahu dah 10 tahun berkahwin tapi masih belum ade rezeki dikurniakan zuriat. Puan ni nak sangat ada anak walaupun hanya anak angkat. Tapi masalahnya ialah suami dia yang tak nak. so, dia mintak pendapat ustaz ni macamana nak lembutkan hati suami dia ni. So ustaz tu pun jawab la, dan dari apa yang saya dengar saya dapat ringkaskan di sini:
  • Anak adalah rezeki dan segala bentuk rezeki yang kita dapat ditentukan oleh Allah. Untuk mendapat rezeki dari Allah, apa yang boleh kita buat ialah:

  1. Banyakkan beristighfar. Allah janji (ustaz tu ada bacakan dalilnya, tapi saya tak ingat) akan beri rezeki yang tidak disangka-sangka kepada orang yang banyak beristighfar. Anak adalah salah satu bentuk rezeki.
  2. Selalu memberi (bersedekah). Hari jumaat macam hari ini adalah hari yang baik untuk bersedekah. Bersedekah dengan hati yang ikhlas dan tak perlu diheboh-hebohkan. Bile orang lain tau kite bersedekah, pahala dah kurang.
  3. Bertanyalah kepada yang ahli. Dalam perkara ini, pergilah berjumpa dengan doktor pakar berkenaan perkara ini. Jangan pulak kita berjumpa dengan dukun, bomoh dan pengamal ilmu syirik yang lain.

Sekian saja perkongsian saya untuk pagi Jumaat ini. Renung-renungkan dan selamat beramal!

No comments:

Post a Comment