Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, 18 April 2010

resepi campak-campak

Menu tengah hari tadi ayam halia dan sambal udang. Saye nak share resepi ayam halia yang sangat simple ni. Saye mule suke ayam halia ni sejak kami try makan di kedai-kedai tomyam. Kalau makan kat luar biase kami akan order nasi putih, tomyam campur atau sup tulang/ekor, ayam halia/ ayam goreng kunyit dan kailan/ kangkung goreng. Saye tertarik nak try buat sendiri ayam halia ni kat rumah plak sebab saye rase mcm simple je. so saye pun cube2 la masak. saye agak-agak je ape nak letak dan tak sangka plak jadik! so inilah die, ayam halia my style!

Ayam Halia

Bahan-bahan:
ayam potong dadu
1 bawang besar potong bulat
2 ulas bawang kecil hiris halus
1 inci halia hiris halus
5 ulas cili padi
sayur-sayur kegemaran (spt kobis bunga, kacang buncis dan lobak)
garam secukup rasa
2 sudu sos tiram
sedikit minyak masak

Cara-caranya:
Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik baunya.
Then,tuangkan sos tiram ke dalam kuali, masukkan garam secukup rase, pastu masukkan ayam. Biarkan ayam kecut sket, pastu masukkan lobak dan tuang sedikit air. Lastly, masukkan sayu-sayur lain.



Dah siap! mudahkan? selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment