Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 1 April 2010

...pada pendapat saye...

Semalam saya dengar topic pagi hotfm tentang siksanya jadi cikgu dan saya baca ini. Memang tidak dinafikan keje cikgu sekarang semakin mencabar. Selalu ada cerita cikgu atau sekolah kene saman sebab cikgu pukul murid. Padahal bagi saya cikgu tersebut cuba menjalankan tanggungjawabnya bagi menjamin kelancaran perjalanan tugas hakiki beliau. Tak kurang juga cerita yang saya baca dari akhbar atau saya dengar dari orang-orang di sekeliling saya yang bergelar pendidik ni tentang sikap anak-anak murid yang kurang ajar dan beban tugas guru yang semakin bertambah. Bertugas di kementerian guru ini turut menyedarkan saya tentang cabaran-cabaran baru yang perlu dihadapi oleh warga pendidik apabila terdapatnya perubahan dasar dalam pendidikan di Malaysia.

Secara peribadi, saya merasakan punca utama timbulnya rungutan dan komplen di kalangan guru sejak akhir-akhir ini adalah berpunca daripada mindset mereka. Sejak dulu mindset masyarakat meletakkan profession perguruan ni mudah. Kerja separuh hari, cuti pulak same banyak dengan cuti sekolah. Bagi saya pemikiran ini perlu diubah. Profession perguruan sekarang dah semakin berkembang. Tugas guru di sekolah bukan lagi setakat mengajar malah mereka kini mula dilibatkan dengan perkara-perkara pentadbiran seperti pengurusan aset, perolehan, kewangan, pengurusan pusat sumber dsb.

Personally, saya nampak ada dua pilihan jalan penyelesaian bagi masalah ini:
1) Wujudkan post baru khas untuk menjalankan kerja-kerja pentadbiran di sekolah. Orang yang menduduki post tu bukanlah seorang guru. Dia ni akan menjalankan tugas-tugas pentadbiran di sekolah yang selama ini dipikul oleh guru. So, kalau die bukan guru, jadi dia tak perlu mengajar. Kerja dia ialah di pejabat sahaja. Waktu bekerja dia jugak ikut waktu pejabat la, masuk pagi, balik petang. Orang no. 1 dalam sekolah masih pengetua/ guru besar. Orang yang buat kerja-kerja admin ni tadi mungkin boleh digelar timbalan pengetua (pentadbiran), maka nanti ada pulak gelaran timbalan pengetua (pendidikan) (sekarang ni Guru Penolong Kanan ). Konsepnya sama macam di hospital ade Pengarah (yang ni skim U) pastu bwh dia ada Timbalan Pengarah (Pentadbiran, skim M) dan Timbalan Pengarah (Operasi, skim U). Doktor kat hospital kan mane ade dibebankan dengan kerja-kerja admin ni.
2) Bakal-bakal guru semasa dalam latihan/ kursus lagi perlu diperbetulkan mindset mereka. Mungkin mereka dari di maktab lagi dah dilatih bekerja office hours dan weekend dipenuhi dengan aktiviti ko-kurikulum. Harapannya, guru-guru yang dihasilkan dari maktab perguruan (sekarang Institut Perguruan) akan menjadi lebih resilient. Jika dari awal mereka telah didedahkan nature of work mereka yang sebenar pasti lebih mudah untuk mereka menyesuaikan diri selepas tamat latihan nanti.
Seperkara lagi yang perlu diberi perhatian ialah tentang kaedah penempatan guru-guru di pendalaman. Saya berpendapat perkara ini perlu dinyatakan secara bertulis di mana-mana perkeliling supaya tiada pihak mempertikaian apabila di arahkan bertugas di pendalaman. Sebagai contoh, mungkin boleh dinyatakan di mana-mana peringkat permohonan jawatan guru bahawa pada tahun awal perkhidmatan, setiap guru diwajibkan bertugas di pendalaman selama sekurang-kurangnya setahun atau sepanjang perkhidmatan, seorang guru diwajibkan mengajar di sekolah pendalaman minimun setahun misalnya. Sebab sekarang ni banyak rungutan daripada guru-guru yang bertugas di pendalaman. Ada yang kata anak VIP tak kene, yang banyak di hantar kesana berasal dari Kelantan dan Terengganu sebab dah biasa hidup susah. So, lepas dah ada peraturan bertulis ni, takla orang komplen lagi kan? kalo sanggup, apply. Kalo tak sanggup, Lu Pikir La Sendiri!

No comments:

Post a Comment