Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 26 April 2010

minggu ini

  • Minggu ini adalah minggu terakhir bekerja. Mulai minggu depan, saye akan berstatus 'Fulltime Housewife'. Saye dah plan macam-macam benda nak buat mase cuti nanti (sementara kat Malaysia lagi).
  • Semalam saye baru add kawan baru / bakal kawan saye di Sudan. Dia wife kepada PA Embassador. Dia pun baru je sampai sane. Dia orang Sarawak. Belum ada anak jugak sebab baru kawen. Perempuan Malaysia yang ada di kedutaan Malaysia kat sane nanti hanya 3 orang - saya, dia dan embassador's wife. So far saye happy dah add dia sebab dia pun minat baca Kinsella's macam saye. Really hope we'll get along very well. Tak boleh gadoh2..nanti takde kawan. mulut kene jage, jgn nak laser tak tentu pasal (note to myself).
  • Hari ni saya dah dapat pengganti staf saya yang dah bertukar dari tahun lepas (pembantu tadbir). Saya takde rase apa-apa sebab dah sekian lama saye mintak tapi baru sekarang dapat- tinggal 3 hari je lagi keje.
  • saya tak suka bile die datang kerja, sebab dia sgt annoying. lagi bagus dia tak datang macam semalam. cuti la selalu lagi. siapakah dia? biarlah rahsia!
  • orang lain enjoy duit gaji weekend lepas tapi saya tak sebab tak dapat gaji lagi. Tapi semalam saye terloncat sorang-sorang dalam bilik ni bile saye cek akaun CIMB ade duit extra yang tak disangka-sangka. i loiiikkkkee! =) (alhamdulillah!)
  • saya kena sound ngan cik abang semalam sebab asik masak sambal je- sambal udang, sambal telur, sambal ayam, sambal ikan bilis dan semalam sambal sardin. Mane saye tau die dah muak makan sambal. lagipun itu favourite saye. masak lemak die memang tak suke. saye ingat dia pernah puji sambal saya. mungkin tekak dia dah kesedapan makan makanan hotel yang variety masa dia outstation seminggu last week. so hari ni saye print resepi-resepi simple kat blog ni. semalam saye dah janji ngn adik saye nak pargi pasar malam balik keje nanti. nak beli bahan-bahan nak buat tom yam. saye pernah cube ikut cara-cara masak yg ditunjukkan kat belakang pembalut kiub tomyam adabi tu tapi takde rase dan bau tom yam pun!
  • saya print resepi-resepi kat blog tu dan saye failkan dalam satu fail yang saya namakan "SECRET RECIPE". Boleh tak? =)
  • hidung masih tersumbat daripada minggu lepas. Lemas!
  • saye beli sebungkus nasi lemak kat sorang staff sini dari minggu lepas sebab malas nak turun kafe bawah tu sebab dah muak menu same hari-hari, jual mahal lak tu dan paling tak best keluar kafe je baju bau dapur!
  • hari-hari berkesempatan membaca surat khabar dan asyik terbaca berita kematian je - kene tikam, kene tembak dgn polis, jatuh bangunan, kemalangan. membuatkan saya terfikir harga nyawa manusia semakin murah sekarang ni. Tapi kita tak boleh pulak nak beli untuk ganti nyawa-nyawa orang tersayang yang dah pergi. (merepek)
  • hati saye makin geram bile dengar cerita pasal dia sekarang ni. dah malas nak dengar tapi cerita tu keluar daripada mulut yang tersayang, kene jugak dengar. mula-mula simpati pastu lama-lama geram. geram tahap nak tunjal-tunjal kepala dia kalau depan mata sekarang ni.
  • Hulu Selangor by election telah menyelesaikan banyak masalah yang dah dihadapi penduduk selama bertahun-tahun. Erm... masalah 15 tahun boleh selesai dalam masa 1 hari. bestkan? Bapak PM kalau bercakap, jadi firman or wahyu tau. sebab once dia dah keluarkan statement tu, mesti jadi punye benda tu. duit takde pun bole ade. hebatkan penangan pilihan raya. buat la selalu!

5 comments:

  1. selamat berhijrah! ikut somi transfer sana heh?

    ReplyDelete
  2. tak sbr nk tunggu pic sudan. hopefully happy kat sana!

    ReplyDelete
  3. Tq sisters! nantikan gambar2 dan berita dari sudan. doakan saye pandai bawak diri kat tampat orang nanti,k.

    ReplyDelete
  4. alahai....macam tak sompek jo nak jumpo ni....

    ReplyDelete
  5. itu la..kau kalau dokek bole den gagahkan poie rumah kau. ni kau pun jauh. kito jumpo in cyberworld yo la ida.

    ReplyDelete