Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 8 April 2010

Ini surprise

Tibe-tibe terasa nak membeli hadiah untuk dia. Hadiah saje-saje. Hadiah kerana menjadi suami yang baik. Moga-moga berterusan kebaikan beliau dengan penghargaan ini (aminnnnnn). Tapi ini surprise. Nak beli esok, time lunch hour. Esok jumaat, jadi time rehat panjang sket. Sekarang masih tak tau nak belikan ape.
Tibe-tibe je tergedik nak beli-beli hadiah segala kan?! padahal tak sedar diri bulan depan ko takde gaji. Ye, gaji bulan 4 dan 5 takde. diorg dah keluarkan arahan pemberhentian pembayaran gaji straight away lepas kelulusan cuti tanpa gaji saya diterima. Sepatutnya saye dah start cuti 1/4/2010, tapi sebab husband belum pegi lagi saya buat penangguhan sampai 1/6/2010. Cuti rehat ade sebulan lagi dan perlu dihabiskan, so saye akan keje sampai hujung april je. lagipun kemungkinan besar kami akan pegi hujung bulan ni or awal bulan mei. konon-konon berangan la, before pg sane nanti ade RM dlm akaun, pastu dah sampai sane sebulan pun masuk lagi gaji bulan 5. Tapi, kecewa bile admin bagitau yang bulan 6 baru diorg masukkan gaji. Tapi masuk 2 bulan terus la (4&5). Walaupun kat sane makcik kayo sb gaji 2 bulan, tapi xde maknenye sb da sampai sane RM dah tak laku. Ingatkan gaji bulan ni bole la buat beli ape2 yang patut sebelum fly.
Sebab kan esok nak beli hadiah, hari ni boleh la saye survey ape yang nak dibeli. Petang ni, boleh check kat rumah barang-barang yang rasenye dah patut dibeli untuk si dia. Bajet ciput je sebab peruntukannya pun ciput. Lagipun perolehan secara tiba-tiba dan tiada dalam perancangan memang tak patut melibatkan nilai yang besar. (inilah kesan bekerja di bahagian perolehan, nak shopping pun gune bahasa perolehan). Sebelum saya lebih melalut, better saye stop. Takut kang post ni bertukar jadi minit bebas plak kang. Perolehan ini perlu dilaksanakan berdasarkan justifikasi-justifikasi berikut: bla..bla..bla.. eh, kan saye dah kate, i've to stop!

1 comment: