Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 5 March 2010

terima kasih boss!

Hari ni hari terakhir my immediate boss En Norhaizi bin Rahmat mencurahkan baktinya di unit dan bahagian ini. Penggantinya pun dah ada iaitu En Malik bin Othman,dari BPSM.Umur beliau sebaya dengan saye.

Sedikit rase sayu terasa mase mendengar amanat terakhir daripada En. Haizi tadi.Pengajaran yang saya belajar daripada beliau ialah sebagai boss, kite perlu serap aura marah tu. Jangan sampai anak-anak buah rasa tertekan kerja di bawah kite. Walaupun boss kat atas kite marah kite, jangan kite pindahkan marah tu pada anak-anak buah. Budaya marah anak buah sebab boss marah dah tak sesuai lagi. Biase lah kene marah,kite ni dalam sektor awam, kalo swasta lagi lah teruk kan? Anak-anak buah buat salah perkara normal, kita sebagai penyelia kena pandai ajar mereka.

Saye sedar sepanjang saya bekerja di bawah En Haizi memang dia selalu tenang. Sedangkan big boss jenis cerewet dan sangat particular.Memang diakui kualiti kerja saye ni kadang-kadang teruk gak. Tapi boss saye akan tegur cara baik dan berhemah.

Saya harap bile tibe mase saye memegang jawatan sebagai seorang ketua nanti amanat En. Haizi itu tidak akan saya lupekan. Saya doakan En Haizi akan lebih success di tempat baru nanti. Terima kasih boss!

2 comments:

  1. memang betol..sektor swasta lagik tertekan..! But thanks god,i'm used to it..! :)

    ReplyDelete
  2. good for u!luckily i'm in the public sector.

    ReplyDelete