Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 29 March 2010

Masalah semasa (current problems)

Ringkas je:

1) My BIL (Adik suami saye) sedang sakit. Sekarang di Hospital Kota Bahru, Kelantan. Dah 3 minggu warded. Slip disc. Keadaanya tak stabil. Semakin tenat. Semalam paling tenat. Dah bedah, masuk besi beberapa tahun lepas (saya tak pasti tahun bila). Ok lepas tu tapi lepas dia posting di Gemencheh, Negeri Sembilan pada Januari 2010 (dia seorang guru) selalu dia diserang sakit belakang tempat masuk besi tu. Beberapa kali saya dan husband terpaksa ke Gemencheh untuk melawat dia. Ye la, kami saudara paling dekat dan paling mudah memandangkan kami belum ada anak, habis keje 5.30 pm dan cuti weekend. Kakak dan abang dia yang lain kat KL ni dah ada anak dan keje shift.

Masalahnya, lepas buat MRI doktor masih tak dapat mengesan punca sebenar kesakitannya tu. Sekarang ni dia memang totally bergantung dengan morfin. Kalau kurang je dose morfin tu mesti dia akan rasa sakit yang amat sangat dan terkejang macam kena sawan. Kata FIL, sampai bergegar katil! Sedihnya sebab semalam suami terima panggilan daripada adiknya tu yang telefon untuk minta maaf segala salah silap dan halalkan segalanya. Kami sedih sangat! Sekarang ni pun bergenang-genang air mata bile teringatkan dia. Dia dah give up untuk hidup! Kesian dia... Ya Allah, kuatkanlah semangat dia!

2) Suami saya selalu sakit kepala sekarang ni. Boleh dikatakan every weekend dia sakit kepala bila bangun pagi. Dia pernah check, Doktor kata mata dia tak boleh tahan silau. Tapi kenapa weekend je? Mungkin sebab dia bangun time matahari dah muncul, sebab tu sakit kepala. Yela, weekend biasanye memang bangun lewat sket dari hari kerja. Sebelum ni saya tak risau sangat sebab biasanya lepas breakfast dan mandi dia akan beransur ok. Mungkin sebab mata dia dah biase dengan tahap kesilauan cahaya tu kan (betul ke ayat nih?!). Tapi semalam dia sakit dari pagi sampai ke pagi ni. Pagi tadi saya ke pejabat drive sendiri. Tengah hari waktu lunch break saya balik tapaukan dia nasi dan dia ke pejabat dengan saya. Alhamdulillah dah tak berapa sakit katanye.

3) Mak saya bercadang nak buat kenduri this weekend sebab saya dah nak pergi Sudan dan kebetulan adik saya yang tinggal di Sabah tu balik. Tapi husband saya nak balik kampung dia di Kelantan sebab nak tengok adik dia yang sakit tu. Patutnya kami nak bertolak malam tadi tapi keadaan kesihatan suami yang tak mengizinkan, kami tangguhkan perjalanan kami ke pagi tadi. Tapi suami saya call my FIL dan dia cakap adik ipar saya tu stabil, doktor bius dan dia tidor je. Tapi suami kate tgk dulu keadaan dia dalam beberapa hari ni, kalau tak ok gak kami kene balik Kelantan. Saya berdoa agar adik ipar saya tu ok at least kami sempat balik kampung saya untuk kenduri tu. Saya kesiankan mak saya, dia buat kenduri tu untuk kami tapi kami takde plak. Tapi saya kesiankan adik ipar saya, dia perlukan moral support dari kami, kesiankan MIL dan FIL saya sebab mereka pun perlukan sokongan kami. Mereka dah 3 minggu berkampung kat hospital, 3 minggu tak bukak kedai (mereka berniaga kedai runcit dekat rumah), dah 3 minggu takde selera makan, dah 3 minggu adik ipar yang bongsu yang SPM tahun ni terabai sorang-sorang kat rumah dan paling penting saya kesiankan suami saya yang susah hati fikirkan adiknya yang sakit tu. Kalau saya jadi dia mungkin malam tadi jugak saya dah sampai hospital. Apa perlu saya buat?!

5 comments:

  1. aduuss...sian nyer..! doa byk2 yer darling...
    Before ko fly gi Sudan, aku nak jumpe ko.. Ring me when u free,ok.. :)

    ReplyDelete
  2. sedihnya...
    kalau akak pun sure akak blur apa nk buat. maybe boleh singgah kejap kg kot?

    ReplyDelete
  3. Naja:
    Aku pun nak jumpe ko gak before pegi.ok, nanti aku call ko ye.

    Kak Yulie:
    Tu la pasal kak. saye pun serba salah. Kakak ipar cdgkan kami yg kat KL ni balik bergilir. Minggu ni dia balik, next week kami pastu abang ipar plak. Saye setuju tp husband saye keje tak menentu skg, busy siapkan paper, pastu office die ade event besar bulan ni. Tadi husban call suruh amik cuti 2 hari (khamis n jumaat) sb nak balik kelantan. Kesian mak! :'(

    ReplyDelete
  4. i hope everyone will be fine. kesiannya org2 yg sakit ni.. btw why u nk pegi sudan? keje ke ikut husband?

    ReplyDelete
  5. Thanks sis... i nak pg sudan ikut my husband. die kene posting kat sane for 2-3 years.

    ReplyDelete