Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 31 March 2010

Doa Perpisahan

Hari ni mood sedih. Ketua bahagian di sini (Setiausaha Bahagian a.k.a SUB) telah bertukar ke bahagian lain iaitu ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. Walaupun saye bertugas di sini tak sampai pun setahun lagi, tapi banyak yang saya pelajari daripada beliau. Saya masih ingat masa mula-mula saya ditempatkan di bahagian ini, banyak suara-suara sumbang yang kata SUB sini very fussy, giler bekerja, ade org kene keje sampai pukul 2 pagi sebab nak siapkan keje bla..bla..bla.. sumenye yang negative tentang SUB ni. Maklumla kan, beliau ni tak berkawen lagi walaupun lagi 2 tahun nak cecah umur pencen.

Tugasan pertama saya di sini memang seperti dijangkakan, beberapa kali kertas kerja (dlm hal ni dipanggil minit bebas) yang hendak dihantar ke Ketua Setiausaha (KSU) KPM dan ke Ministry of Finance (MOF) dipinda oleh beliau disebabkan kualiti kerja saya tidak memenuhi standard beliau. Saya balik pukul 10.00 malam! Walaupun penat, tapi puas hati sebab dapat hasilkan kerja yang berkualiti. Lepas-lepas tu buat minit bebas bukan masalah lagi setelah saye tau ape kehendak beliau. Pastu saye terfikir, tak la susah sgt kerja dengan bigboss ni! Tidak dinafikan, kadang-kadang saya kene outstation during weekend dan balik midnite . Tapi bagi saya itu lumrah bekerja. Ade kerja tetap dan sesuai dengan kelayakan ni pun da cukup syukur!

Dalam hati saya selalu kagum dengan bigboss saya ni. During office hours die memang busy mesyuarat sana-sini. Kami kalau nak jumpa dia during lunch hour or after office hours. Pastu, dalam KPM ni dia SUB yang balik paling lewat dan jarang amik cuti. Ok, mungkin sebab dia tak bekeluarga. Mind u, kerusi ketua bahagian perolehan digelar 'hot seat' sb cabaran2 di sini bermacam2. SPRM, Bukit Aman, PAC mmg 'sukerrrr' masuk sini. Bile musim audit plak, ini tempat wajib yang dilawati. =) jadi faham-faham je la ye. Saye penah tgk dia baca Quran sementara menunggu saya menyiapkan kerja yang dipinda untuk disemak, saya pernah nampak driver dia bawak 2 kotak yang penuh dgn fail2 pejabat masuk kereta dia time balik. Hebatkan?

Personaliti dia memang mengkagumkan saya. Teguran dan kata-kata dia selalu meresap dalam hati saya dan memotivasikan saya untuk bekerja. Antara kata-kata wasiat beliau " lakukan tanggungjawab dengan ikhlas dan jujur, jangan fikirkan ganjarannya".

Mudah-mudahan beliau akan lebih tabah dan berjaya di bahagian baru. BPSM walaupun tak berhadapan dengan SPRM, tapi cabarannya lain plak. Semua guru di Malaysia di bawah tanggungjawab BPSM! Good luck boss!

p/s: tadi waktu farewell party beliau, mase slaid presentation urusetia pasang lagu 'Doa Perpisahan'. Meleleh-leleh air mata. Mase sesi bersalaman lagi lah banjir! Benci menangis depan org! ;'(

No comments:

Post a Comment