Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 4 May 2016

Kecy Reunion Setelah Ratusan Purnama Untuk AADC2

Kecy adalah kawan-kawan satu kepala masa di UiTM Shah Alam. Kami ade 8 orang semuanya. Berbeza fakulti tapi sebab masa first sem duduk satu floor. Kami jadi ngam dan terus kekal berkawan sampai grad. Lepas habis belajar ade yang kerja tempat yang sama dan tinggal sama-sama. Lepas tu sorang demi sorang settle down dan masing-masing busy dengan life masing-masing. Tapi tak lost contact masih berhubung di social media. Why 'Kecy'? Biarlah, susah nak explain. Bila AADC nak keluar dengan AADC 2 terus semua rasa kite perlu reunion dan menonton sesame. So sepakat pilih 3 Mei. Randomly. Purposely tak pilih weekends sebab masing-masing dah terikat susah nak arrange. Weekdays lagi sesuai sebab macam keluar pergi kerja. Suami/anak-anak boleh arrange macam biasa. Kami dapat enjoy tanpa guilty. Maka awal-awal dah plan cuti mintak dekat boss masing-masing. Tapi yang boleh join 6 orang je sebab sorang tengah dalam pantang sorang lagi keje dan tinggal di Johor.

Bertahun tak jumpe. Nervous macam nak pergi blind date! Hahahaha. I  amik Shareena & Yanti sebab sehala. Kami pi KLCC sebab adil dari segi lokasi. AADC 2 best jugaklah. Walaupun perasaan masa menonton tu tak seteruja masa tgk AADC dulu. Tapi AADC 2 ni bermakna sebab berjaya buat kami amik cuti dan berkumpul lagi. 

Bertahun tak jumpe jadi ade macam-macam cerita keluar. So happy sebab kami masih boleh bersembang dan ketawa macam dulu-dulu lagi. Cume sekarang masing-masing dah matang, dan dah berduit. Kalau lah masa zaman remaja dan single dulu kami berduit macam sekarang mesti dah vacation ke Jogja! Tapi reality-nye kami masa zaman remaja dan single tu cuma ada PTPTN untuk survive. Hahahahaha.


We took so many pictures untuk kenangan masa depan. Bukti kite pernah ada kehidupan happy masa student life. Bukti kite bukan skema baca buku je masa kite belajar tapi masih boleh cari makan secara merit- Poyo! Hahahaha. Sampai hari ni senyum sorang-sorang tengok gambar-gambar semalam.
Hopefully boleh buat selalu lagi macmni. Paling kurang setahun sekali?



Panas-panas pun sanggup posing ha. Feeling-feeling dari mane ni?- dari Kelantan! ;p

Konon plan nak balik dalam pukul 4 sebab tak nak berebut dengan orang balik kerja. Takde maknenye! Pukul 5 jugak gerak. Dah macam pergi kerja. Redah je lah jem. Tapi takpe pertama kali I rasa ok dengan jem sebab ada Shareena & Yanti dalam kereta so boleh sambung sembang.


Sampai rumah dah dekat pukul 7. Same dengan suami balik kerja. Laju- laju pi dapur keluarkan ikan, masak nasik lepas maghrib masak siakap stim halia kegemaran suami. Dah puas beronggeng dengan kawan-kawan balik rumah sedar diri dah jadi isteri bukan remaja lagi. Pandai-pandahlah amik hati suami supaya lain kali dapat kite beronggeng lagi!

Saturday, 2 April 2016

Good bye E! Hello D!

KPM 2009-2010. 2014-2016.

Acik dah transfer ke KSM kat parcel D. Lain macam cabarannye kat sini. Berharap yang baik-baik sahaja menanti. Wish me luck!!!

Pernah Tak?

Rasa nak membeli sesuatu tu membuatkan-buak tapi ko tahan je sebab ko rasa ko membazir kalau beli. Perasaan tu same macam tengah puasa tau tak? Takut nak boros awal-awal gaji sebab tak tau ape menanti tengah bulan nanti. Mane tau terdesak nak guna cash. Kena tunggu at least lagi seminggu gaji baru boleh 'berbuka puasa'.

Wednesday, 20 January 2016

Demam Hindustan Movie



 


First hindi movie yang membawa acik ke panggung wayang untuk menontonnya! Selama ni tengok TV je. Itu pun tak sengaja, tertengok. Bukan peminat filem hindi sebenarnya. Tapi yang satu ni begitu diwar-warkan di media sosial maka acik pun terjebak. Pi tengok wayang dengan kawan-kawan. Husband acik tak sudi nak tengok wayang cite gini. Yang best pasal cerita ni ialah hero-heroinnye. Shah Rukh Khan & Kajol. SRK yang macho dan Kajol yang drop-dead gojes! Macam makin muda pulak Kajol dalam citer ni. Dah la kurus & putih. Memula tengok perempuan yang jadi adik Kajol tu rasa dah lawa dah. Putih melepak pakai lipstik kaler pink-pink macamtu kan... Lepas tu Kajol pulak keluar. Woooowww terkesima Acik! Lepas tu bile tengok adik Kajol lagi sekali terus rasa tak lawa dah. Huhuhu. Selain daripada tu, tempat berlakon pun cantik-cantik, lagu-lagu pun sedap. Acik tengok the making of video clip dia wah kan main gigih diorang panjat bukit, menahan sejuk salji sebab nak shoot video clip. Tak menyesal la keluar duit tengok wayang memandangkan usaha gigih diorang. Acik bagi 5 bintang!


Ini pulak Hindi movie kedua acik tengok. Pun best! Macam-macam elemen ade. Sedih, komidi bercampur-campur.  Jalan cerita padat dengan message. Kalaulah realiti boleh buat macamtu. Aman dah India-Pakistan. Aihhh bile la producer Malaysia nak buat movie macamni. Ini balik cite hantu, cite mat rempit. Alahhh lomah semangat den! Jangankan pergi tengok wayang, tengok free pun Acik takmo. Tak movie, drama kat TV pun jadiklah. Ini balik-balik kawen paksa-bahagia-gaduh-bahagia. Tak sudah-sudah adaptasi novel. Novel plak yang ummmm... maleh la nak komen.

Tuesday, 17 November 2015

Memori UPSR

Hello Uols! Macammane result UPSR anak-anak uols? Tahniah diucapkan kepada semua. cemerlang teruskan kecemerlangan, yang kurang cemerlang jangan putus asa. Perjalanan masih panjang. UPSR ni hanyalah akan menentukan tahun depan anak-anak sekolah di mana.Yang cemerlang kalau berminat bolehlah sekolah menengah di SBP atau MRSM. Yang kurang cemerlang, sekolah harian pun ok. Acik tengok zaman sekarang orang dah kurang minat nak hantar anak ke asrama. Kebanyakan nak anak-anak sekolah harian, tinggal sekali dengan parents. Terpulanglah, sekolah bukanlah penentu semata-mata. Acik ramai kawan-kawan dari sekolah harian yang berjaya. 

Acik masa sekolah rendah dulu acik paling lemah subjek matematik. Ingat lagi masa darjah 6 cikgu buat ujian bulanan macam UPSR. Tiap-tiap bulan pun acik fail subjek Maths. Tiap-tiap bulan dapat 3A. Maths tu january F. Markah 28%. Masa tu cikgu Maths suruh semua yang fail berdiri atas bangku then semua kena sebat kt punggung sorang sekali. Zassssss! Bulan-bulan seterusnya result Acik maintain 3A tapi maths improve sikit demi sikit sampailah trial UPSR baru acik dapat 4A. Tu pun markah maths cukup makan 80. Nasib baik je sebab acik tak cukup masa. Soalan belakang-belakang tu acik tembak banyak yang mengena. Hahahahaha. Masa UPSR sekali lagi bernasib baik bile soalan matematik tahun tu senang sangat-sangat. Kawan-kawan acik ramai dapat 100%. Acik je dapat 92%. Kekekeke...nasib baik A jugak. Yang susah tahun tu BM. Tapi Acik memang tak pernah ada masalah dengan BM. So dapatlah acik 4A. 

Masa dapat result tu acik dapat tau awal daripada orang lain sebab kawan baik acik masa sekolah tu dia ade makcik keje kat PPD. Makcik dia bagitau kt dia yang Acik dapat 4A. Ingat lagi masa dia call tu mak acik tak sihat. Dia kena asma. Baring je tak larat nak bangun. Tapi lepas acik bagitau acik dapat 4A dia terus boleh bangun! Dia kata dia lega dan rasa sihat dengar acik dapat 4A. Hehehehe....Tulah kenangan yang manis dapat 4A dan menggembirakan hati mak acik.